Life Is A Drama..

Logo KBBA

30 Mac 2020

Covid19 : Artis Perlu Bantuan Khusus

Sebelum baca, ni cuma pandangan peribadi aku. Aku nak minta maaf kepada golongan artis atau mereka di balik tabir/ kru produksi. Sekiranya ada yang tak berpuas hati dengan apa yang aku nak katakan ni, aku minta maaf terlebih dahulu. Aku dah share di FB dan ni aku cuma copy paste semula komen-komen aku. Maaf jika basa yang digunakan agak kasar atau menyinggung mereka yang berkaitan.

Komen pertama aku sebelum baca permintaan Seniman Malaysia. 



Selain isu Mak Cik Kiah yang menjadi buah mulut rakyat Malaysia sejak semalam, isu artis dan kru prosuksi dalam industri hiburan perlukan bantuan sebabkan show, shooting dan recording banyak cancel pun antara yang disebut.

Bagi aku satu ja, apa yang PM dah umumkan semalam meliputi semua pihak, baik dari B40 hingga ke M40. Tak perlu nak membezakan antara rakyat marhaen yang bukan artis dan artis/kru produksi. Kalau rasa korang layak, isi ja form nanti melalui link (kalau ada). Tak kisah kau pelakon utama, pelakon tambahan, kameraman etc. Just fill the form kalau korang rasa korang perlukan bantuan kewangan tu semua. Menjadi seorang artis atau kru produksi bukanlah satu tiket untuk mendapat layanan istimewa. Anda juga perlu melalui prosedur yang sama seperti rakyat Malaysia yang lain. Anda adalah rakyat Malaysia sama seperti yang lain. So, prosedur tetap sama dengan yang lain. Tiada bantuan khas atau cara pemberian istimewa untuk anda.

Kenapa perlukan bantuan khusus?? Kalau nak kata artis veteran yang tak pandai guna internet etc, macam mana dengan Makcik Limah yang duduk di kawasan kampung? Makcik Limah pun mungkin macam Makcik Kiah, tak pandai guna telefon pintar, cuma mengharapkan anak-anak untuk memohon segala bantuan yang diberikan oleh kerajaan.

Minta maaf kalau ada kawan-kawan di dalam friendlist saya ni yang terlibat dalam bidang hiburan. Ni sekadar pendapat peribadi saya. Bagi saya, sebagai rakyat Malaysia, tak kira anda artis, kru produksi etc, prosedurnya perlu sama supaya adil kepada semua orang. Jika ada layanan istimewa, saya rasa itu tidak adil kepada makcik-makcik di kampung ataupun golongan muda yang mungkin lagi teruk keadaannya berbanding kita.

Satu lagi, jika ada artis yang tengah top atau mempunyai pendapatan yang stabil yang juga turut inginkan bantuan daripada kerajaan disebabkan show yang cancel, saya yakin, bayaran satu show anda sebelum ini mungkin melebihi gaji bulanan saya. Jadi beringatlah.

Sekian.

(terpanjang pulak komen)

Komen kedua aku lepas baca permintaan untuk bantuan khas bagi golongan artis/kru produksi. 






Gila. Artis/kru produksi pun rakyat biasa. Tak kira anda menghiburkan rakyat marhaen ataupun tidak. Apa yang anda minta sangat keterlaluan. Pemeriksaan Covid19 di kerajaan setahu aku adalah percuma manakala di swasta anda minta kerajaan tanggung?? What the..... Siapa anda?? Baik kerajaan gunakan duit tu untuk tambah lagi dana bagi membantu rakyat yang memerlukan.

Anda artis/kru produksi, anda perlu memohon sama seperti rakyat yang bukan artis ni.

Dana khas untuk kempen kesedaran kepada rakyat berkenaan Covid19?? Apa kata anda buat secara percuma sebagai satu tanggungjawab sosial anda kepada peminat-peminat anda.

Artis nombor 1 negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza boleh berkempen secara percuma, siap buat lagu lagi (guna lagu 7 Nasihat) sebagai satu tanggungjawab sosial beliau sendiri. Anda yang entah nombor berapa nak minta dana??? Tok Ti Siap post berkali-kali di insta beliau menyeru orang ramai duduk di rumah. Its free of charge. Just use your own social media. (maaf, aku tak pasti kalau yang digunakan di TV atau menerusi kerjasama dengan Cuckoo sama ada berbayar atau percuma).

Dana khas untuk mereka yang tidak mempunyai akaun KWSP?? Apply bantuan yang diberikan kerajaan sama macam rakyat lain. Anda ingat makcik Kiah tu ada account KWSP??

Tolong la. Do not make a stupid statement like this. It shows how stupid the persatuan. Tak salah untuk membantu ahli persatuan. But, please, rasional la sikit.

Komen seterusnya aku post fresh dari blog aku.

Bagi aku, apa yang dorang mintak ni adalah tak berasas (bagi aku secara peribadi). Artis ataupun kru produksi adalah rakyat Malaysia. Sekali lagi aku ulang, jika anda rasa anda memerlukan bantuan, mintak lah melalui saluran yang betul iaitu sama macam rakyat yang lain. Tak perlu mintak bantuan atau saluran khusus daripada kerajaan.

Jika perlu diberikan bantuan khusus atau special, aku rasa yang paling layak adalah mereka yang berada di barisan hadapan macam doktor, nurse, polis, tentera, wartawan, cleaner etc. Mereka ni mempertaruhkan nyawa untuk kita semua. Merekalah yang betul-betul perlu dihargai dan diberi layanan istimewa semasa dan selepas Covid19 ni berakhir. Tapi buat masa ni, mereka tak peduli pun tentang semua bantuan-bantuan ni sebab misi mereka cuma satu, memberikan khidmat yang terbaik kepada kita sepanjang wabak Covid19 ni merebak.

Jika ada (aku pasti ada) golongan-golongan selebriti atau kru produksi ni yang susah disebabkan tiada job sepanjang PKP ni, selain mengharapkan bantuan kerajaan tidak lama lagi (dijangka penghujung April), mungkin ada persatuan atau sumbangan peribadi artis dapat didahulukan kepada rakan-rakan artis yang betul-betul tak berkemampuan sementara menunggu bantuan kerajaan.

Perlu diingat, bukan sahaja golongan artis terjejas sepanjang tempoh PKP ni berjalan. Ramai yang terjejas termasuklah mereka yang dikampung. Bukan golongan artis ja. Mereka yang bergaji hari, mungkin ada yang dapat gaji separuh dan mungkin juga terpaksa diberhentikan kerja disebabkan PKP ni. Mereka juga mengharapkan bantuan kerajaan. Dan kerajaan dah pun mengumumkan bantuan yang akan diberikan. So, memohonlah mengikut saluran yang betul. 

Sekian sahaja komen aku. Semoga Covid19 ni segera hilang dan semuanya kembali seperti sediakala. Just stay at home dan kita jaga kita. 

Tiada ulasan:

Catat Komen

Tinggalkan komen anda di sini...