Life Is A Drama..

Logo KBBA

24 Februari 2020

Kelas Dalam Facebook oleh Netizen

Fuhh..sibuk betul betul aku seminggu dua ni. Banyak betul nak kena study dari cikgu-cikgu di Facebook dan Twitter. Lepas tu semuanya nak jadi pakar dan macam dorang pulak yang lebih tahu dari orang yang mengalami.

Bermacam kelas aku nak kena attend. Kelas hubungan sesama manusia, kelas faraid, kelas hal ehwal rumah tangga, kelas pendidikan moral, kelas bakery, kelas politik. Perghh..kadang gaps kelas tu sehari je. Takpun hari yang sama. Mati weh nak catch-up semua benda.



Hai la netizen. Tak salah untuk kita menyatakan pendapat masing-masing dengan sesuatu isu. Tetapi tak perlu la kita sampai nak menjatuhkan hukum dan nak katakan si A salah, B betul. Nak kata C punca. No need to say all that. Just keep it to yourself or you can say it bila berbincang dengan kawan-kawan korang. But to put it on social media, it is not a good things to do. Yes, its your personal account, but its not appropriate.

Ambil contoh macam isu faraid dan pembahagian harta. Kita siapa yang nak cakap sebelah sini bermasalah? Mungkin jugak yang sana jadi punca. Atau orang ketiga yang menyebabkan semuanya kecoh. Kita tak berada dalam situasi mereka dan kita tak tahu apa yang terjadi sebenarnya. So, its not fair untuk salahkan satu pihak. Sebagai orang luar, apa yang kita boleh buat adalah jadikan isu itu sebagai satu iktibar dan pedoman. Tak perlu untuk bercakap lebih-lebih.

Kadang-kadang, setiap isu yang terjadi tu membolehkan kita belajar sesuatu yang baru. Isu faraid, isu aurat sesama mahram, politik dan sebagainya. Alhamdulillah. Cumanya, ada sesetengah tu, walaupun kita dah belajar sedikit, janganlah tinggi lagaknya macam kau lah yang tahu segalanya. Just relax and observe. Thats it.

Tiada ulasan: