Life Is A Drama..

Logo KBBA

05 Februari 2020

Jumpa Minuman Lejen



Aku rasa yang membesar dalam tahun 80-an dan 90-an mesti pernah jumpa minuman lejen ni. Sebelum ada minuman botol kaca Mirinda tu, minuman ni la yang selalu jadi rebutan.

Tapi dulu, selalu jugak aku dapat minum walaupun selalu berpakat dengan sepupu-sepupu curi dari kedai arwah tok. Biasa la, budak-budak kan. Korang pun mesti ada pengalaman macam tu kan?? Hahahaha...

Lepas tu, tudung botol tu kutip simpan untuk jadikan buah dam or main tudung botol, orang lain panggil ceper kot. Botol dia kadang-kadang jual or buat simpan ikan laga. 

Kalau dulu minuman botol ni jual dalam 70 sen, baru ni aku jumpa, dorang jual RM2 sebotol. Nasib baik rasa lebih kurang sama macam yang dulu. Haaa.. Tu pun kebetulan jumpa masa kat Ipoh, aku and Puan Isteri pergi satu ekspo ni, jumpa. Terus beli. Puan Isteri tak pernah minum, aku beli satu dulu untuk dia rasa, then tambah satu botol lagi. Hehehe... Baru tahu penangan minuman lejen... 

1 ulasan:

Umi Nazrah berkata...

memang lejen. mana dah nak jumpa sekarang ni ^_^