Life Is A Drama..

Logo KBBA

26 Februari 2020

'Seronoknya' Jadi Wartawan

Selain isu politik yang tengah viral sekarang ni, viral jugak sumbangan-sumbangan yang diterima oleh rakan-rakan media yang 'berkampung' depan Istana Negara dua tiga hari ni yang dimulakan oleh YDPA. Alhamdulillah, seronok tengok rezeki kawan-kawan media.





Tapi kan, bila tengok komen-komen dekat sosial media, ramai yang tulis seronoknya jadi wartawan. Dapat bermacam benda percuma. Makan, barang, orang ambil peduli semua tu. Wahh..its sound great. Seronoknya jadi wartawan Tapi hakikatnya...

Penantian tu satu penyiksaan tau tak?? Walaupun cuma dua tahun jadi wartawan, tapi aku merasa jugak la tunggu tengah panas, berkejar ke sana sini. Fuhh penat weh... Aku tengok kawan-kawan bekas wartawan ramai yang kata, seronok memang seronok, tapi berkicap menunggu kat tengah pans tu, berkejar ke sana sini. Memang tak senang duduk. Dengan isu besar macam ni, dapat makanan pun tak tenang nak duduk makan. Sebab takut kalau makan, terlepas pulak benda penting. So mental and fizikal kena kuat.









Aku tak nafikan, jadi wartawan memang seronok. Aku pun rindu dengan keadaan tu, tapi bila sesekali isu besar jadi. Tak cukup tanah kau nak berkejar ke sana sini. Cukup aku dah merasa masa PRK Kuala Kangsar hari tu. But it is a good experienced. Tak semua orang merasa.

Ingat, kadang apa yang kita nampak tu tak seindah mana. Kita nampak macam enjoy, tapi hakikatnya, hanya mereka yang sedang lalui atau pernah lalui tahu peritnya.

Tiada ulasan: