Hidup Banyak Pilihan, Tetapi...



Aku terjumpa satu quote ni dekat Twitter. Logik dan boleh diterima. Hidup ni terlalu banyak pilihan. Macam makan di kedai. Banyak pilihan yang ada dan cuma tunggu untuk dipilih. Kadang-kadang bila dah banyak pilihan, kita tak tahu nak pilih yang mana dan akhirnya, kita ambil seperti kebiasaan.

Macam hidup, dalam kehidupan seharian kita, pasti ada pilihan untuk kita hadapi dan lalui. Kadang-kadang kita sendiri keliru dalam memilih. Bertanya ke sana sini supaya kita dapat membuat pilihan yang tepat. Tapi akhirnya, ada yang masih kekal dengan pilihan sendiri sebab takut untuk buat pilihan yang baru dan kekal dengan yang dah menjadi kebiasaan.

Kadang-kadang aku terfikir, kenapa kita takut nak buat pilihan yang baru?? Takut dikecewakan atau kita memang penakut?? Betul, ada sesetengah perkara, kita perlukan sesuatu yang kita dah selesa. Tapi ada dalam sesetengah perkara, kita perlu keluar dari zon keselesaan kita. Mungkin sukar pada mulanya, tapi siapa tahu di hari depan, ianya akan bagi satu perkara yang lebih baik.

Think about it...hidup kita takkan berubah kalau kita sendiri tak mengubahnya. Kekal pada sesuatu mengikut keadaan, ubah pada sesuatu mengikut keadaan.

Catat Komen

1 Ulasan

Tinggalkan komen anda di sini...

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)