Dulang Cafe, Chemor

Sebelum balik ke Shah Alam lepas selesai operation mak aku, abang aku ada bawa ke Dulang Cafe dekat Chemor. Memang famous jugak sebab cafe hipster. Ipoh Darul Hipster kan??? Heheheh... Aku rasa cafe ni dah lama ada since aku keja kat Ipoh lagi. Sebab member aku ada nak ajak ke situ, cuma tak berkesempatan ja.


Lokasi kedai ni senang ja, lepas je traffic light pekan Chemor tu (kalau dari Ipoh), kedai sebelah kanan. Bersebelahan dengan kedai siam tak silap aku. Aku pun tak teringat nak ambil gambar luar kedai sebab tak terlintas nak review. Ye la, lama dah tak review cafe-cafe hipster ni kan. Hehehehe..

Apa yang aku boleh suggest kat sini, western food sangat-sangat di recommend kan kat sini. Selain harga murah, portion pun banyak. Kalau yang jenis makan banyak, mungkin satu dulang tu ngam elok untuk korang. Tapi kalau yang diet, aku syorkan korang share. Sebab dalam satu dulang, normally alan ada nasi goreng or spaghetti, ayam atau kambing, meatball and fries yang banyak.





Aku recommend korang ambik spaghetti sebab aku ambil nasi goreng, memang tak habis. Ermmm.. Rasa tak kena dengan lidah aku. Tapi yang lain habis la. Kambing pun aku recommend sebab besar and lembut. 

Kalau makanan yang lain, ada jugak nasi lemak, bakso dan sup tulang, tapi i'm not really into it. Just focus on western food okay... Sangat berbaloi.

Okay, itu je la kot... 

Catat Komen

2 Ulasan

Tinggalkan komen anda di sini...

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)