12 Jam Penantian

Penat menunggu dengan penuh tanda tanya dan penuh debaran akhirnya berakhir jugak. Bagi setengah orang, 12 jam tu mungkin tak ada apa dan tak lama mana. Tapi bagi mereka yang menunggu tentang hidup mati mereka yang tersayang, 12 jam tu adalah satu penyeksaan.



Alhamdulillah, pembedahan untuk membuang tumor di kepala mak aku berjaya dibuang dengan selamat dan tak ada komplikasi. First case pembedahan untuk hari tu adalah pembedahan mak aku. Dari jam 8 pagi dan sampai 7.30 malam baru dimaklumkan yang mak dah dibawa keluar ke Bilik Pemulihan. Kami semua 'berkampung' depan Bilik Pembedahan tu dari pagi sampai ke malam dan mengharapkan semuanya berjalan lancar. Dan Alhamdulillah, Allah perkenankan semua doa abah dan anak-anak. Tak lupa juga doa dari saudara mara dan kawan-kawan semua.

Mak pun dah sedar sepenuhnya. Tak ada masalah ingatan, pendengaran dan penglihatan. Alhamdulillah syukur atas nikmat-Mu Ya Allah. Sekarang masih terima rawatan biasa kat ward dan insya Allah akan keluar dalam masa dua tiga hari ni.

Terima kasih pada semua yang mendoakan pembedahan mak berjaya. Semoga Allah merahmati anda semua dan kita semua diberikan kesihatan yang baik. Amin Ya Rabb.

Catat Komen

0 Ulasan