11 Lokasi Wajib Jika Ke Banda Acheh

Kali pertama aku jejakkan kaki ke Banda Acheh pada 2014. Dan macam biasa, aku hanya assist abah untuk bawa orang kampung ke sana. Semuanya first time ke sana kecuali aku dan abah je la. Lepas tu yang berbeza kali ni, aku pergi dengan Puan Isteri.

Well, bagi aku, Acheh ni tak membosankan, terutamanya bila dengar cerita-cerita tsunami, dan feel tu lagi sampai bila cerita tu diceritakan sendiri oleh mangsa tsunami. Terasa kerdil dan insaf. Cerita tentang tsunami ni memang tak pernah bosan dan kau akan merasa kagum dengan kekuasaan Allah.

Walaupun kali kedua aku ke Acheh dan kebanyakkan tempat memang aku dah pernah pergi, tapi masih tak bosan.

Antara lokasi wajib kalau ke Banda Acheh ni :

1. Museum Tsunami


Terdapat pelbagai barangan-barangan yang menyaksikan kekuatan air yang dikatakan selaju 300km/jam dan keagungan Allah SWT. Dari naskhah Al-Quran yang tidak hancur dek kerana ombak tsunami sampailah kehancuran sebuah helikopter dan hinggalah Banda Acheh menjadi padang jarak padang tekukur.  Korang juga dapat melihat macam mana negara-negara luar membantu membangunkan Banda Acheh semula.

2. Bot Di Atas Rumah

Dengarkan kisah bagaimana sebuah bot nelayan dapat menyelamatkan hampir 60 orang penduduk kampung di saat ombak tsunami mengganas. Dengarkan kisah bagaimana boat tersebut boleh berada di atas rumah penduduk kampung. Bagaimana ombak tsunami terbelah apabila terdengar laungan azan daripada mereka yang berada di atas boat tersebut.

3. PLTD Apung

Sebuah kapal yang menjana elektrik seberat 2,600 tan yang dibawa ombak tsunami sejauh 5 kilometer daripada laut dan hanya seorang sahaja yang terselamat, iaitu pekerja kapal itu sendiri. Dikatakan ada dua buah rumah dihempap kapal tersebut dan kapal tersebut dibiarkan di kampung itu sebagai tanda tsunami pernah berlaku.

4. Masjid Baiturrahman/Masjid Raya

Turut menjadi saksi bisu kejadian tsunami pada Disember 2004, Masjid Baiturrahman atau dikenali sebagai Masjid Raya antara lokasi wajib untuk dilawati. Turut mempunyai kisah tersendiri sewaktu kejadian tsunami di mana air hanya sampai di anak tangga masjid walaupun air mengganas di sekeliling masjid. Antara masjid yang terselamat dalam kejadian tsunami 2004.

5. Kubah Masjid Tsunami

Kubah yang dianggarkan seberat 80 tan ini turut menjadi saksi bisu betapa dahsyatnya kejadian tsunami apabila hanyut dibawa air sejauh 2.5 kilometer dari sebuah kampung lain. Dikatakan seorang terselamat dan terdapat nashkah al Quran turut terselamat. berada bersama kubah tersebut.

6. Taman Sari Gunongan

Siapa sangka, Acheh juga turut mempunyai hubungan dengan kesultanan Pahang di Tanah Melayu pada masa dahulu. Melalui perkahwinan dengan Puteri Pahang, maka wujudlah Gunongan sebagai tempat untuk Puteri Pahang melepaskan rindu pada tanah kelahirannya.

7. Pasar Atjeh

Kalau nak membeli belah, Pasar Atjeh adalah lokasi wajib bagi yang nak membeli jubah, telekung, kain lace dan bermacam lagi. Dan harganya lebih murah kalau nak compare dnegan tempat-tempat lain seperti di Jakarta, Bandung, Vietnam dan lain-lain tempat. Mungkin sebab orang tak tahu Acheh ni juga ada tempat shopping yang menarik??

8. Museum Acheh

Pelajari sejarah-sejarah Acheh termasuklah rumah tradisional Acheh yang akan memberi satu ilmu baru untuk korang.

9. Rumah Cut Nyiak Dien

Kenali tokoh wanita terkenal Acheh pada zaman dahulu, Cut Nyiak Dien dan bagaimana tokoh ini melawan Belanda dengan caranya yang tersendiri.

10. Pantai Ulee Lheu

Ambil angin petang sambil menjamu selera dengan jagung bakar, ice blended, sate kerang dan bermacam lagi di Pantai Ulee Lheu. Sambil makan,sambil tenangkan fikiran.

11. Makam Syiah Kuala (Syiah = Syeikh)

Kenali tokoh ilmuan Islam Banda Acheh dan sejarah kehidupannya. Makam yang terletak di tepi laut ini tidak terjejas teruk sewaktu kejadian tsunami pada Disember 2004.

Sebenarnya Pulau Sabang pun termasuk dalam salah satu tempat wajib, tapi disebabkan aku tak pernah sampai ke sana, so aku tak masukkan.. Heheheh.. Kalau aku ke sana nanti, baru aku masukkan okay...

Okay, kalau korang teringin nak ke Banda Acheh atau tempat-tempat lain di Indonesia, aku cadangkan korang gunakan khidmat Sahabat Holidays. Setiap kali aku ke Indonesia, memang aku guna khidmat Sahabat Holidays ni sebab puas hati dari segi hotel, makan and tempat yang dilawati. Jangan risau, Sahabat Holidays ni memang berdaftar okay...

INSTAGRAM : Sahabat Holidays 
EMAIL : info@sahabatholidays.com

Catat Komen

1 Ulasan

  1. banyak tempat menarik disana selepas kejadian tsunami tu ye

    BalasPadam

Tinggalkan komen anda di sini...

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)