Life Is A Drama..

Logo KBBA

18 November 2019

Weekend Cheat Day

Susah betul kalau weekend ni. Dah masuk minggu kedua aku buat cabaran tanpa air manis and setiap weekend, mesti failed..Hahahaha...Sebabnya, macam last weekend, memang tinggal aku dan Puan Isteri je kat rumah. So nak masak pun macam dah tak tahu nak makan apa. Lagi pun bagi je la Puan Isteri berehat kan dari masak-masak ni.

So, pergi je la makan kat kedai. Bila kat kedai, selalunya memang aku order air manis. Haish,susah betul nak istiqamah bab air manis ni kalau makan kat luar. Tambah lagi tengok Puan Isteri yang memang dok order teh ais je. Perghh, terliur terus.



Kalau weekdays, aku tak kisah lagi sebab dah memang terbiasa minum air kosong je, kecuali kalau pagi-pagi tu teringin teh o panas ke, memang aku suruh Puan Isteri bancuhkan or akak tea-lady buatkan. Kalau tak, memang air kosong je la, cuma weekend je la problem sikit.

So, di sini aku isytiharkan, weekend adalah hari cheat day, sekian.

1 ulasan:

Sue Izza berkata...

hhahhahaha kena seletop mulut ni hahahah