Life Is A Drama..

Logo KBBA

19 November 2019

RM560,000 Dari McD Untuk Orang Kedah

McDonald's atau orang panggil McD je, senang kan. Siapa yang tak kenal jenama ni memang menipu sangat la kan. Kat 1 Malaysia ada je McD ni dan yang pasti, sentiasa ada orang.


Tapi bila dah ramai orang, banyak la untungnya kan, tapi duit tu ke mana? Selain dari Rumah Ronald McDonald di beberapa tempat, McD Malaysia jugak menyampaikan sumbangan kepada negeri-negeri. Contohnya macam baru ni, McDonald's Malaysia menyampaikan sumbagan sebanyak RM560,000 untuk pelbagai program kemasyarakatan di bawah Program Komuniti Peringkat Negeri Kedah.

Majlis sumbangan ni dah diadakan pada 18 November lalu di McDonald's Pandu-Lalu Aman Jaya di Sungai Petani, Kedah. Kat majlis tu, antara inisiatif kemasyarakatan yang dah diumumkan termasuklah pembayaran zakat perniagaan McD, pelantikan belia-belia dari keluarga kurang berkemampuan untuk menyertai Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McD dan penyerahan pek 'Kembal ke Sekolah' kepada kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga berpendapatan rendah.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Utama Haji Mukhriz Tun Mahathir dan Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia.

Antara yang berlangsung semalam ialah :

1. McDonald's Malaysia menunaikan zakat perniagaannya dengan zakat berjumlah RM101,000. Untuk pengetahuan korang, McD Malaysia baru-baru ni terima Sijil Pembayar Zakat Korporat dari Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(PPZ-MAIWP) dan merupakan entiti perniagaan pertama yang terima sijik pengiktirafan tersebut di Malaysia.

2. SLDN McDonald's merupakan program latihan yang berteraskan industri selama 18 bulan menggabungkan 70 peratus latihan praktikal di restoran McD dan 30 peratus kelas teori. Program ini ditaja sepenuhnya oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (DSD), Kementerian Sumber Manusia.

3. Program Kembali ke Sekolah. Untuk tahun ini, sebanyak 1,680 kanak-kanak dari 56 buah sekolah dari seluruh Kedah menerima pek 'Kembali ke Sekolah'. Program ini merupakan satu inisiatif tahunan yang diterajui oleh McD Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.

Well..Nothing to say. Good job McDonald's Malaysia. Teruskan membantu mereka yang memerlukan. Aku teringat satu kata-kata dari sorang usahawan ni, keuntungan yang diraih syarikat bukan untuk syarikat sahaja, tetapi masyarakat juga layak menerimanya.

Sekian.


Tiada ulasan: