Life Is A Drama..

Logo KBBA

04 November 2019

Nasib Tak Ada Depression

Kalau ikut keadaan sekeliling, memang aku rasa, aku boleh alami depression kot. Rasanya la. Hahahaha...penat oo nak pikir itu ini. Tambah ada pulak orang yang jenis nak ambil mudah. As long as dia tak susah, orang lain susah, okay dah. Ditambah lagi aku jenis diam and pendam semua benda. Itu yang buat aku lagi stress.

Tapi entah la, macam mana aku rasa aku boleh control my own stress. It just takes maybe around 30 minutes??Around that la untuk aku kembali 'normal'. Well, tengok jugak pada isu yang jadi tu. Kalau isu besar, lama jugak la sementara nak lepas geram tu. Kalau yang sikit-sikit tu, kejap je la.


But seriously, I dont know sama ada aku ada depression ke tak. Sebab aku rasa aku okay ja pun. Boleh hidup dengan tenang dan bergelak ketawa. But still ada sesetengah waktu tu, aku boleh fikir teruk-teruk jugak walaupun sepatutnya benda tu takda apa sangat pun. Maybe dah terbiasa dari dulu kot.

Well, aku ambil benda dari sudut positif ja la. Malas nak fikir teruk-teruk sebab kadang-kadang benda tu macam sampah ja pun. Tak penting sangat dalam kehidupan aku. Janji benda tu tak kacau hidup aku suami isteri dah la. Setakat nak tolong fikir penyelesaian, bagi idea or pandangan, you are free to text me okay.

Tiada ulasan: