Life Is A Drama..

Logo KBBA

06 November 2019

Kali Kedua : Tiada Minuman Bergula

Tahun 2016, aku dah buat cabaran sebulan tanpa air manis atau bergula. Dari 30 hari, 19 hari aku berjaya tanpa minuman manis. Fuhh...agak seksa jugak la sebab masa tu aku kerja sebagai wartawan dan banyak event yang ada makan-makan untuk media.



Sekarang ni, aku buat sekali lagi cabaran yang sama dan aku rasa macam aku boleh kot buat untuk sebulan or lama sikit dari yang dulu. Sebabnya, kerja sekarang aku macam lebih banyak berada di dalam office dan memang kat office pun, air kosong sentiasa atas meja. Nak minum air manis pun, kalau aku keluar lunch dengan kawan-kawan or lepak kat mamak dengan Puan Isteri sementara keringkan baju kat dobi.

So, fizikal dan mental dah bersedia untuk minuman tanpa gula. Ready untuk rasa letih for few first day sebelum terbiasa tanpa minuman manis. Harap-harap kali ni boleh la kot selama sebulan. Or kalau boleh, aku nak kurangkan minuman bergula terus. Seminggu sekali maybe??

2 ulasan:

Umi Nazrah berkata...

kak amek juga minuman bergula tapi memang kurangkan banyak la. sehari tu kalau boleh sekali ja amek. hehe

Myra berkata...

Mencabar betul kalau cuba nak tinggalkan minuman bergula nie..