Life Is A Drama..

Logo KBBA

14 Oktober 2019

Seram nak ke Warong Qubor StrEAT

Semalam, for the first timenya aku takut masa nak pergi makan. Bukan takut actually, cuak sebenarnya. Hahaha...Aku pergi makan dekat area Kundang. Puncanya yang boleh jauh pergi makan tu, mertua aku dengan kawan dia ada kerja sikit, then aku and Puan Isteri ada dekat rumah pakcik kitorang kat area Sungai Buloh sebab plan asalnya nak melepak kat situ. Tapi disebabkan lewat sangat, maka berjumpa la dekat kedai makan tu, mertua aku share location.


Nak masuk pun ikut celah-celah kampung, lorong apa entah la. Tengok waze, kalau ikut lorong tu adalah jalan mati. Lepas tu, 200 meter sebelum sampai, nampak signboard Tanah Perkuburan Islam. Tak seram sejuk ke walaupun time tu baru pukul 10 lebih kurang.

Tapi sebab percaya kan waze, Alhamdulillah sampai jugak dan tempat tu memang wujud. Hahaha..Ingatkan kedai makan siam la, rupanya just warung kampung je. Tapi, walaupun warung kampung, fuhh...takkan menyesal la makan kat sini. Suasana, memang suasana kampung, standard warung-warung kampung tapi selesa untuk melepak beramai-ramai. Keadaan warung pun betul-betul cara warung kampung.





Bila tengok menu, ada 4 menu highlight yang 'berasaskan' tanah perkuburan dan hantu. Hehehe..aku dan isteri ambil nasi goreng qubur streat dan nasi goreng talkin bersama mambang kuning dan mambang chocolate. Haaa...ambik kau nama menu pun. Jangan risau, makanan ala barat pun ada. Chicken chop dan lambchop. Seriously sedap gila nasi goreng dia sebabnya, dia buat masakan cara orang kampung or senang kata, cara orang tua-tua buat. Terus aku teringat nasi goreng masa sekolah dulu. I dont know how to describe it, but seriously sangat sedap.




Harga?? Aku pun tak percaya dengan harga. Sebab dekat kampung aku pun rasanya tak dapat harga macam tu sebab murah gila. Untuk aneka nasi goreng, paling mahal RM6. Western food pun aku rasa bawah RM12 kecuali untuk double la. And you know what, blackpepper sauce dia sedap nak mati...Kalau mati pun, kubur dah dekat.



Bila aku tanya kenapa harga murah, sebabnya, dulu dia susah and makanan kadang-kadang berkongsi sebab susah. So bila dia berniaga, dia nak bila family bawak anak-anak datang makan, at least semua dapat sorang satu pinggan. Tak perlu berkongsi.

Lokasi di Kampung Melayu Seri Kundang atau korang boleh waze or google Warong Qubor StrEAT

1 ulasan:

Ina berkata...

serammm. Nasi goreng pun siap mcm batu nisan ekk. Jangan malam termimpi sudah lahh. Tapi kan, nasib baik tukang amik order tu tak berbunjut. Hahaha.Kalo tak, lagi lahh seram.