Life Is A Drama..

Logo KBBA

29 Oktober 2019

Rasa Kenyang, Tapi ....

Dah tiga empat hari dah, aku rasa macam dah kenyang, tapi rasa masih nak mengunyah atau pun dia macam rasa lapar, tapi tak lapar. Hahahaha...Aku ingatkan aku sorang ja, tapi last weekend, Puan Isteri pun sama. Nak kata makan tak ikut waktu, takda la pulak sebab sama ja. Cuma skip breakfast la mungkin kot.

Tapi bila dah lunch tu, tetap ada rasa macam tak puas. Hahaha.. Mula la berangan nak makan apa. Soalan yang paling payah nak dapatkan jawapan. Nak makan kat mana? Macam takda kepuasan bila makan tu. Macam kekurangan sesuatu dalam makanan. Aku baca doa makan tau sebelum makan tu. Nanti kata aku tak baca pulak. Hahaha..



Sudahnya, apa yang ada depan mata makan ja kami laki bini. More pada makanan merapu la. Kerepek, buat cucur bilis macam tu je la. Sebab dah tahu nak makan apa. Mungkin bila dah tua, macam ni la kot rasanya kan? Makan apa pun macam tak terasa kat mulut. Tapi still kami berdua makan macam biasa. Rezeki depan mata kan. Masih bersyukur dengan apa yang ada depan mata...

Alhamdulillah...

Tiada ulasan: