Life Is A Drama..

Logo KBBA

07 Oktober 2019

Pandai Ambil Kesempatan

Kadang aku terfikir, apa yang ada dalam otak mereka yang jenis ambil kesempatan, memburukkan orang lain dan bermacam lagi. Macam mana dorang boleh terfikir nak buat sesuatu semata-mata untuk kepentingan diri.

Contohnya, aku kena rapat dengan A, sebab aku boleh gunakan dia untuk kesenangan aku. Aku kena rapat dengan B sebab dia banyak duit, so aku boleh pinjam duit dia. Aku kena jatuhkan C sebab dia rapat dengan A, so nanti A tak nak berkawan dengan aku dah. Lepas kau dapat apa yang kau nak, kau tinggalkan dia and burukkan dia. Eih..banyak cantik muka kau...



Faham kan senario yang aku cuba nak cerita kan??Bagi aku, there is no Friend with benefits. Kau berkawan, untuk berkawan. Kalau kau ada masalah, bercerita bukan untuk dia bantu and ambil kesempatan. Kalau dia nak bantu, dia bantu untuk kau keluar dari masalah tu. Itu yang aku cuba pegang selama ni.

Tak dinafikan, kadang-kadang kita terpaksa berbuat baik untuk dapatkan apa yang kita nak. But, bukan dengan cara yang melampau sampai kau terpaksa jatuhkan orang lain or merendahkan maruah kau. Aku pun tak nafikan, kadang-kadang aku pun macam tu, tapi tak ada la obvious sangat sampai orang lain pun nampak. Ambil kesempatan tu biarlah bertempat dan beragak-agak sikit. Jangan sampai satu masa, kau hilang semua kawan-kawan kau.

Tiada ulasan: