Life Is A Drama..

Logo KBBA

12 Oktober 2019

Hidup Tak Perlu Mengharapkan Pujian

Pujian tu adalah ujian untuk kita. Sama juga dengan kata-kata hinaan yang diberikan pada kita. Semuanya adalah ujian untuk kita untuk kita ambil dari aspek positif mahupun negatif setiap pujian atau hinaan yang diberikan.

Pujian tu kadangkala boleh menjatuhkan kita sebab kita dah terlalu rasa selesa dengan apa yang kita telah buat dan kita rasa, kita sentiasa buat benda betul dan sentiasa menjadi hebat pada orang atasan. Akibatnya, kita akan terus buat kerja sambil lewa yang akhirnya akan menjatuhkan kita. Itu perkara yang aku cuba elakkan. Kalau dapat pujian, aku cuba untuk teruskan buat yang lebih baik. Because as human being, learning process is still going on. It will never stop. 


Kalau hinaan ataupun kritikan yang diberikan, itu jadi pembakar semangat untuk aku terus belajar. Bukannya sebagai pematah semangat. Sebab once I give up, then it will be the end for me. So, just take it in positive way then you will do better in future. 

So, either aku dapat pujian or kritikan, i need to do better in future. Jangan sekali-kali rasa begitu selesa atau give up. Sebab aku tak tahu sampai bila orang suka aku. Aku tak tahu siapa musuh dalam selimut. So, just doing my job as usual. 

Tiada ulasan: