Life Is A Drama..

Logo KBBA

31 Oktober 2019

50,000 Set Sarapan Percuma Dari Dutch Lady



Fuhh...pagi ni sempat aku lari jap ke Stesen LRT Ampang Park. Awal sikit la aku ke keluar rumah sebab dorang ada buat pengagihan set sarapan pagi percuma. Bukan sikit weh, 50,000 set sarapan tau yang diagihkan untuk orang ramai. So, siapa yang beruntung, dapat la set sarapan ni. Iya la, kadang bila kita kelam-kabut ke tempat kerja, tak sempat nak bersarapan sebab sibuk. 50,000 set tu pun dah selamat diagihkan di 10 stesen LRT di sekitar KL sejak 21 Oktober lalu dan hari ni hari terakhir.

Apa yang lagi menarik, set sarapan yang diagihkan dekat Stesen LRT Ampang Park pagi tadi diagihkan sendiri oleh Encik Tarang Gupta,Managing Director Dutch Lady Milk Industries dan Encik Anoop Abraham, Managing Director of Kellog's South East Asia.


Macam aku, kadang-kadang aku tak sempat nak breakfast pun sebab sibuk sikit dengan kerja. Aku rasa bukan aku ja, ramai lagi kot macam aku. Memang sibuk la dengan kerja, plus kalau kat rumah pun tak sempat nak breakfast sebab aku kena merempit lebih kurang 40 minit. Sampai office pun kadang macam malas sebab fikir banyak benda nak kena settle.


Tapi rupa-rupanya, apa yang aku diberitahu, susu amat disarankan untuk diminum sewaktu sarapan untuk melengkapkan keperluan nutrien harian sebab selain membekalkan tenaga kepada badan dan otak untuk aktiviti seharian. Susu ni adalah satu minuman yang mempunyai nutrisi paling lengkap dan amat digalakkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai sebahagian daripada diet seimbang harian. Lagi satu, kalau nak dapat berat badan ideal, jangan sesekali skip sarapan, okay?

Sarapan pagi ni sepatutnya membekalkan 20 hingga 25 peratus daripada keperluan nutrisi harian kita, tapi tak semua makanan tu membekalkan semua nutrien yang diperlukan. Contohnya kalau makan nasi lemak atau sandwic waktu sarapan, kedua-dua makanan tu tak membekalkan nutrien yang kita perlukan. TAPI !!! Kalau kita padankan dengan segelas susu dengan sarapan pilihan kita, nutrien yang kita perlukan untuk aktiviti seharian, dapat dicapai dengan mudah. So, lepas ni kalau nak breakfast, jangan lupa minum susu sekali tau.


Contohnya, kalau korang minum 250ml susu Dutch Lady PureFarm atau +Protein, susu ni bukan ja bekalkan kalsium, tapi protein yang berkualiti tinggi selain daripada Vitamin D, A dan B2.

Okay, berbalik pada program pagi tadi. Dutch Lady Malaysia bekerjasama dengan Kellogg's untuk memberikan 50,000 set sarapan percuma yang mengandungi susu dan bijirin kepada orang ramai di 10 stesen LRT terpilih sempena Bulan Sarapan Dutch Lady  dan aku antara orang yang sempat merasa set sarapan percuma ni.

8 ulasan:

Mama Kembar Tiga berkata...

Slalu bagi anak anak i breakfast susu & cereal gitu gak, kenyang & berkhasiat. Plus senang nak hidang hehe

Ann Noura berkata...

Sama! Dapat jugak pagi tadi siap bergambar lagi dengan managing director dorg

Nina Mirza berkata...

Kak nina pun sempat dapat free pek sarapan. Serius sedap kombinasi Susu Dutch Lady dengan cereal stawberry corn flakes Kellogg's tu kannnn?

Afiq Halid berkata...

Bestnya . one of my fav brand susu . minum hari2 pon x jemu . next time if ada nak singgah amik gak .

Dura Norell berkata...

mmg like sgt kat susu dutch lady :)

Marina Bashah berkata...

Anak2 suka minum susu dutch lady. Kalau travel mesti beli susu ni buat bekalan

diaripink berkata...

Best ni sarapan ala2 hotel gitu. Susu sedappp

Ai berkata...

Seronok nya dapat sarapan percuma.