Setiap malam, pasti ada masanya buat korang terfikir-fikir nak makan apa. Nak masak kadang-kadang rasa macam malas. Nak keluar makan pun nak kena tanya semua isi rumah apa yang dorang nak makan. Ada yang nak BBQ and Grill, ada yang nak Italian food macam tu, ada yang nak ringan-ringan macam makanan Jepun, and paling susah nak cari, masakan Malaysia or senang kata nasi campur and kuih-muih.
Macam aku dekat rumah la, kadang aku ni nak cari yang ringan-ringan macam spaghetti ke apa, tapi wife nak makanan ala Jepun, mertua aku nak nasi, abang ipar and biras nak BBQ and Grill. So jadi susah la kan nak buat pilihan. Sebab mana ada tempat yang tawarkan semua tu dalam satu tempat. Tapi sekarang ni dah ada, dekat Royale Songket, Grand Blue Wave, Shah Alam. Rambang mata weh bila tengok semua makanan-makanan yang ada kat sini. Banyak gila pilihan makanan untuk 4 in 1 Buffet Dinner ni.
Untuk bahagian BBQ & Grill, antara yang disajikan adalah Grill Lamb Cutlet, Beef Steak Ribs, BBQ Chicken and mini pizza. Selain tu ada jugak Seafood on Ice yang menghidangkan udang harimau dan kupang.
Untuk bahagian Malaysian Favourites pulak, ada satay ayam, ayam masak lemak, dhall sayur, nasi goreng ayam bersama sayur & kacang gajus and ikan goreng sweet sour.
Paling menarik bagi aku adalah Japanese Cuisine sebab ada sushi, sashimi, tempura, teppanyaki dan sup miso.
Italian food pulak, bagi korang yang nak ringan-ringan sikit dorang ada sajikan spaghetti bolognaise bersama cream sauce dan mexican nachos. Selain tu ada jugak Arizona Baked Beans, Roasted Potatoes with capsicum & cajun spices, fries corn on cobs, cheezy meatball, arabic shawarman dan mini burger.
Selain 4 tu, turut disediakan ialah black pepper steak, lamb with rosemary & garlic, grilled seasonal squid and mussel di bahagian Grill Section Meat & Seafood. Menu lain adalah Mee Mongolian BBQ, Udang Maha Celup Tepung dan Ketam Celup Tepung.
Banyak kan?? Kalau bab pencuci mulut...Hermm...speechless sebab banyak gila pilihan. Hari tu aku bawa Puan Isteri, memang dessert la dia cari dulu walaupun sepatutnya itu last sekali.Hahahaha..
Kalau korang berminat nak datang, 4 in 1 Buffet Dinner ni hanya pada Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam dengna harga RM95.00 untuk dewasa dan RM47.00 untuk kanak-kanak berumur 4 tahun hingga 11 tahun.
Korang boleh buat tempahan di talian 03-5511 1833 or emel ke telemarketing@bluewavehotels. com. Cepat-cepat tau sebab 4 in 1 dinner buffet ni sampai hujung bulan 10 je...
5 Ulasan
Pagi2 tengok makanan. I is laparrr. Makanan semua nampak sedap2 belaka.
BalasPadammenarik yer buffet 4 in 1 ni, serius rasa berbaloi sangat dengan harga dan pilihan makanan yang banyak variasi.
BalasPadamsedapnyaaaa ,fir nak belanja akak eh...opsss
BalasPadamni setiap hari ada ke...bestnya..rindu masakan Malaysia..huhuhu
BalasPadamMenyelerakan menu² tu.
BalasPadamTinggalkan komen anda di sini...
Emoji