Life Is A Drama..

Logo KBBA

17 September 2019

Sasana Kijang oleh Bank Negara Malaysia

Long weekend, family datang dari kampung. So berjalan la ke tengah KL sebelum Achik and Abang balik ke kampung. Mulanya tak tahu ke mana, then Achik ajak ke Sasana Kijang. Kali kedua aku ke sini tapi aku baru terdetik nak share pengalaman datang ke sini sebab tak ramai yang tahu pasal kewujudan muzium dari Bank Negara ni.


First sekali aku nak cakap, masuk muzium ni free, parking pun katanya free (Sebab kami semua park kat tepi jalan). Cumanya beg tak boleh bawak masuk. Kena tinggal deposit RM5 untuk locker. Korang akan dapat balik RM5 tu bila pulangkan token.

Bermula dari Ground Floor adalah untuk kanak-kanak. Kalau masuk sini, aku rasa bukan budak-budak ja seronok, orang tua pun seronok juga melayan and main sekali. Kat sini yang aku suka adalah Money Tunnel. Ada banyak mainan interaktif untuk budak-budak kat sini yang boleh buat dorang teruja. Aku pun teruja sekali bila teman anak-anak buah aku main. Hehehe..





Terdapat beberapa bahagian dekat Sasana Kijang ni antaranya, Galeri Kanak-Kanak, Galeri Ekonomi, Galeri Bank Negara Malaysia, Galeri Numismatik, Galeri Kewangan dan Perbankan Islam dan Galeri Seni. Apa yang menarik dekat Sasana Kijang ni, info-info yang ditunjukkan adalah secara interaktif. Kiranya tekan button akan keluar info yang korang nak tahu tu.





Dalam banyak-banyak bahagian, aku paling suka di Galeri Numismatik sebab kat sini, kita boleh tengok duit-duit lama, macam kita belajar sejarah dan ekonomi masa sekolah dulu.





So, cuti sekolah pun dah dekat, aku cadangkan kalau tak tahu nak ke mana, apa salahnya bawak ke muzium. Ilmu dapat, seronok pun dapat.



Nak cerita menarik tempat ni aku tak sure macam mana, so apa kata korang tengok je video simple yang aku buat ni.

4 ulasan:

Mohaz Sue berkata...

Nak ajak abg pergi nanti bawak anak2

TATI MANSUR - WIFE SOSAB MAMA SAZSO berkata...

First time tau pasal Sasana Kijang ni.. Tq share Fir.. Lepas ni bolehla bawak anak2 ke sini..

Sue Izza berkata...

nak pergi tapi tak sempat isnin hari malaysia baru ni ,sebab pagi tu dah ke muzium negara dulu,lepas lunch dah kepenatan terus balik,humaira pun ngamuk nak tidur hehehhe

Nadia Johari berkata...

bestnya tempat dia..boleh pergi ni