Life Is A Drama..

Logo KBBA

05 September 2019

Halal Dimsum, Canning Garden, Ipoh

Siapa sini suka makan dimsum? Mesti ada yang suka kan. Kalau pergi Hatyai pun, mesti korang pergi kedai dimsum yang viral tu.Apa nama entah, aku pun tak tahu. Hahahaha...



Kedai dimsum yang kat Ipoh ni pun pernah viral jugak. Kebetulan masa on the way balik dari kampung minggu lepas, Puan Isteri ajak jalan-jalan cari makan kat Ipoh. Mulanya macan nak ke vanggey, tapi macam malas pulak nak ke sana. So Puan Isteri pun sebut bab dimsum halal ni, aku pun on je la walaupun aku ni bukan hantu dimsum sangat.

Kami sampai dalam pukul 12 dan disebabkan kami berdua je and orang dah tak berapa ramai, terus dapat meja. Kalau tak, aku rasa macam lama jugak la tunggu. Mulanya aku ingatkan kena tengok buku menu untuk pilih dimsum yang mana, rupanya lain sikit. Buku menu tu cuma untuk few choices je. Untuk air and ada la makanan-makanan lain sikit.



Untuk dimsum pulak, dorang akan bawakkan dalam dulang ke depan korang, and korang boleh pilih nak makan yang mana. Nak ambil semua boleh, nak ambil dua tiga pun boleh. Tapi disebabkan kami laki bini ni memng jenis hantu makan, so, dua orang punya portion memang banyak la. Sedangkan meja sebelah yang ada 5 orang pun, berapa bekas je dorang ambik. Hahahha... Plus firstime pulak. Hahhaha...





Aku nak sebut nama satu persatu memang aku tak tahu la. Tapi banyak pilihan aku kalau ke situ lagi sebab sedap. Boleh kata yang aku ambik tu, semuanya kena dengan tekak aku. Yang Puan Isteri pulak, ada yang dia rasa sedap, tapi kurang untuk aku. Hahahaha...yang pasti, kopi ais dia memang sedap sampai kami berebut. Hahahah...

Well, kalau korang nak pergi, korang boleh Waze or Google Canning Dimsum. Berdepan dengan Hollywood Restaurant dan berdekatan dengan Vegas Restaurant. Aku confirm akan repeat kalau ke sini.

Tiada ulasan: