Life Is A Drama..

Logo KBBA

23 September 2019

First Time Berbekam Di Sutra Maya Wellness





Bekam.. Dari dulu lagi aku teringin nak berbekam sebab ramai cakap rasa lepas berbekam ni sangat sedap and ringan. Tapi sebab aku rasa macam scary ja bila tengok cup tu banyak kat belakang, lepas tu dengan bendalir darah tu, ergghhh...

Tapi baru ni bila aku tengok Ben Ashaari buat bekam dekat satu spa kat area Setapak tu, aku teringin jugak nak buat, terus aku buat appointment. Aku ajak Puan Isteri temankan aku sebab bila aku cakap nak buat bekam, mertua aku cakap selalunya lepas bekam tu mengantuk or pening. So, Puan Isteri la temankan aku berbekam.



Sampai je kat area spa tu, masuk terus je macam excited tapi nervous.Aku dan Puan Isteri dihidangkan air terlebih dahulu sementara dorang standby apa yang patut. Aku ditegur oleh Puan Sherry sebab dia yang akan buat bekam dekat aku. Dia explain dulu kesan-kesan berbekam dan beberapa tips sebelum, semasa dan selepas berbekam ni. Jangan nervous atau darah tak keluar sangat. Hehehe..tak nervous, cuma macam...ermm..macam tu la..




So, proses berbekam ni pun mula. Puan Isteri temankan aku dalam bilik rawatan tu. Memang digalakkan untuk pasangan berada dalam bilik bekam tu untuk tengok proses. Perasaan semasa proses berbekam??Nak kata takut tu tak, nak kata relaks sangat pun tak. Macam tu la. Ada jugak la risau sikit-sikit tu. Sakit tu tak sangat sebab guna jarum macam korang check gula tu.

So sepanjang proses tu, apa yang aku dengar dan tengok gambar yang Puan Isteri ambil, darah tak banyak keluar, tapi banyak angin dalam badan. So, wap-wap banyak memenuhi cup tu. Aku tahu sikit la pasal bekam ni sama ada angin banyak keluar ke tak sebab aku pernah tengok member aku buat bekam. Hehehe...Selesai tu lepas rileks-relaks kejap, baru aku tukar pakaian semua la.



Macam mana rasa lepas berbekam?? Macam mana nak cakap, badan aku rasa macam sedap. Ada setengah orang, badan akan jadi 'ringan' lepas berbekam sebab keluar darah kotor semua. Tapi badan aku jadi macam 'sedap' mungkin sebab angin dalam badan dah berkurang banyak. I dont know how to describe it. Hahaha..Yang penting aku nak repeat sekali lagi berbekam ni.




Untuk korang yang lelaki, dekat Sutra Maya Wellness ni, ada beberapa perkhidmatan yang ditawarkan iaitu bekam, manicure and pedicure, foot massage,facial and rawatan rambut. Kalau untuk wanita pulak, macam-macam la termasuk bertangas, facial, full body massage and bermacam la. Bukan spa biasa-biasa tau, artis pun ada datang ke sini.


Kalau korang nak, korang boleh try ke Sutra Maya Wellness di G-50-0, Platinum Walk, No.2 Jalan Langkawi,, Setapak, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau nak buat tempahan boleh terus hubungi 03 6732 5593

Lupa nak bagitahu, kalau korang selesai buat rawatan kat sini, kalau rezeki korang ada, boleh dapat sengkuang calit percuma tau.. sedapp ooo...

2 ulasan:

shazillahsani.com berkata...

Bestnya.. Mesti rasa ringan je badan kan.. Hihihi

Nadia Johari berkata...

bagus sebenrnay abekam ni..sebb kita kadang takut dengan kene cucuk la, darahla..ahaha..nnati nak suruh laki kita buat la