Life Is A Drama..

Logo KBBA

14 Ogos 2019

Sebab Malu Alah Je..

I dont know if korang pernah dengar perkataan 'malu alah' ni. Rasanya ramai kot tahu. Or maybe pernah alami situasi tu, tapi tak tahu nak sebut. Kalau macam aku ni, masih ada la word orang-orang lama yang aku masih boleh pakai lagi. Tapi kalau dengan Puan Isteri, dia kurang sikit dengan perkataan orang lama, apa lagi kalau bahasa lama orang utara. Hahahaha...

Nak cerita pasal 'malu alah' ni sebenarnya banyak. Tambah lagi kalau orang yang berkawan dengan orang bisnes. Or orang yang jenis susah nak cakap tak. Kadang-kadang kita kena beli bila selalu di follow up dengan orang yang berbisnes and terpaksa cakap 'ya' untuk beli sesuatu tu sebab dia kawan kita. 


Paling ketara kalau orang berbisnes la. Tiap kali jumpa dia akan bercerita tentang bisnes and mintak kita beli barang tu even kita tak perlukan barang tu. Beza ya antara beli untuk support member berbisnes atau beli sebab 'malu alah' ni.

Tak semestinya bab malu alah ni dalam bidang bisnes ja, tapi benda lain pun jadi jugak. And i'm pretty sure some of you pernah alami benda ni kan... 

Tiada ulasan: