Life Is A Drama..

Logo KBBA

30 Ogos 2019

Sayangi Malaysiaku. Sayangkah Kita?




62 tahun. Kalau ikut kita ni sebagai manusia, dah masuk kategori warga emas, dah matang. Tapi kalau ikut umur negara yang bebas dari penjajah ni, kita ni masih dikategorikan muda lagi. Ni bagi aku la, untuk korang aku tak pasti la macam mana kan.

Kita tak ada di zaman sebelum merdeka. Mereka yang pernah berada di zaman penjajah, entah tinggal berapa orang. Apa yang kita tahu cuma dari mulut ke mulut. Berdasarkan filem-filem yang diadaptasi dari kisah benar. Tapi adakah kita ambil pengajaran daripada semua tu? Masih tak cukup pengorbanan nenek moyang kita semata-mata untuk memberi kesenangan pada anak cucu mereka. Bila melihat keadaan sekarang, aku dah cukup bersyukur dengan keadaan sekarang. Aman dan damai.

Tapi sayang, masih ada sesetengah pihak yang cuba mencetuskan perbalahan atas benda-benda, yang bagi aku, tak sepatutnya. Sedangkan perkara tu boleh dibawa berbincang dengan elok. Bahkan masih ada pihak yang sengaja mengeluarkan statement-statement bodoh yang boleh mencetuskan pergaduhan antara kita yang hidup aman damai ni. So, sayangkah kita pada Malaysia ni bila kita biarkan orang-orang ni terus menimbulkan isu-isu sensitif. 

Tapi aku percaya, mereka yang 'pandai' ni hanya segelintir ja.Tapi masih ramai lagi yang masih sayangkan negara ni. Kita boleh tengok bermacam cerita kebaikan antara rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Banyak ja cerita-cerita menarik yang korang boleh jumpa dekat FB dan Twitter. Cuma kadang-kadang tak kecoh pun.

Nasihat aku, sama-sama la kita jaga keharmonian negara ni sampai bila-bila. Jangan sesekali kita rosakkan keamanan yang susah payah terbina ni. Ingat keringat dan tiap titisan darah nenek moyang kita melawan penjajah. Kita hidup sebagai masyarakat yang harmoni.Saling menghormati satu sama lain. Setiap perbalahan yang timbul akan membentuk satu titik hitam dalam diri. Jadi elakkan dari ianya terus berlaku. Aku percaya, kita mampu lakukan itu semua.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-62.

Tiada ulasan: