Life Is A Drama..

Logo KBBA

10 Ogos 2019

Saudagar Kambing, Jalan Kebun

Siapa sini minat kambing bakar?? Tambah lagi kalau time musim raya haji ni, mana yang dapat daging kambing, mesti salah satu menu yang korang terfikir bila buat dapat daging kambing, bakar salah satu yang korang nak buat. Kalau luar musim raya korban, mesti ada yang mencari daging kambing kan.

Ada satu kedai kat area Jalan Kebun ni, memang ramai jugak tiap kali aku lalu, kedai Saudagar Kambing. Kalau ikut fikir logik, mungkin ada yang fikir kedai tu jual kambing hidup untuk apa-apa majlis. Tapi sebenarnya ni kedai makan.

Kalau aku dengan Puan Isteri nak makan kambing bakar, kami lebih ke satu kedai ni, memang aku pun suka pergi kedai ni sebab kambing bakar dia superb. Tapi saja tukar selera ke Saudagar Kambing sebab dok lalu, nampak orang ramai je kat kedai ni. 

So pergi la kami berlima sebab bapa mertua aku outstation. Saja nak try. Menu kambing banyak jugak dengan harga yang boleh kata berpatutan. Pilihan makanan pun ada banyak termasuk goreng-goreng and set.






Antara yang kami order kambing bakar, ayam penyet (guna ayam kampung), chicken chop and daging bakar Danok. 

Kambing bakar, aku bagi 6/10 because of the sauce and agak liat sikit la. Sauce dia tak menepati citarasa aku sebab a little bit sweet. Chicken chop dia not bad and daging bakar dia aku bagi 8/10, especially sos dia. Memang sedap gila sos daging bakar. Highly recommended. Lagi satu servis kat sini cepat. So tak lama untuk korang tunggu. 


So, kalau korang nak try, boleh try. Yang menarik perhatian aku, bingsoo mangga dia. Tapi kami tak order sebab dah macam banyak sangat order. 

Tiada ulasan: