Life Is A Drama..

Logo KBBA

30 Ogos 2019

Men's Wellness dan Bowel Wellness Dari Himalaya

Produk dalaman ni terlalu banyak kat pasaran sampai dah tak tahu mana satu yang nak pakai or boleh percaya. Bukan apa, takut ada yang bermasalah atau tak dapat kelulusan dari kementerian berkaitan. So, mencegah lebih baik dari merawat kan.


Tapi kan, kalau sebut produk Himalaya ni, ramai dah cakap produk ni elok berdasarkan pengalaman kawan-kawan aku. Tambahan pulak, masa baru ni aku buat check-up dekat satu mall kat area rumah aku (check up yang check gula, BP and BMI tu), terus jumpa doktor untuk consultation. Masa aku consult tu, aku tanya dia tentang produk dari Himalaya ni. Doktor tu kata, memang ada sesetengah penyakit, terutamanya untuk kesihatan dalaman lelaki, dorang akan sarankan guna produk Himalaya. So, aku terus yakin la nak guna produk ni.

Okay, apa yang aku nak share ni based on pengalaman aku yang selama sebulan amalkan dua produk terbaru dari Himalaya. Bowel Wellness and Men's Wellness.

Triphala Bowel Wellness



Produk ni paling cepat aku dapat rasa kesan bila makan. Bowel Wellness ni membantu aliran usus normal selain daripada melegakan sembelit. Selain tu, Bowel Wellness ni menyokong detoksifikasi yang normal daripada usus.

Untuk pengetahuan korang, aku ni ada masalah untuk buang air. Masih buang air waktu pagi, tapi rasa macam tak puas sebab macam tak keluar habis. Haaaa...faham tak? Tapi dua hari lepas aku amalkan Bowel Wellness ni, perut aku rasa macam lega dan puas masa membuang tu.



Untuk pengetahuan korang, Bowel Wellness ni menggunakan tiga jenis herba iaitu Indian gooseberry, Belleric Myrobalan and Chebulic Myrobalan. 'Kerjasama' daripada tiga bahan ni membantu proses pencernaan dalam badan. Insya Allah, berkesan. 

Cara ambil Bowel Wellness ni senang ja, sebiji atau dua biji untuk satu hari. Settle. 

Gokshura Men's Wellness



Untuk produk ni, hermm..macam mana aku nak tulis. Produk ni secara senang cakap,untuk 'adik' korang la. Hahahaha...Men's Wellness ni membantu untuk memperbaiki ghairah seksual, meningkatkan prestasi zakar dan meningkatkan tingkat testosteron yang natural.

Gokshura ni digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional di banyak negara China, India, Iraq, Bulgaria, South Africa dan Iran.Tumbuhan ni banyak terdapat di kawasan tropika di negara India dan Afrika. Gokshura ni senang kata membantu daya tahan lelaki.



Kesannya, korang boleh tengok masa pagi sebab lain sikit dari kebiasaan (Yang lelaki mesti faham). Waktu 'bersama' pun korang boleh rasa sebab feelnya lain sikit. Bukan nak melucah okay. Hahahaha...

Cara pengambilan cuma sebiji atau dua biji sehari untuk Men's Wellness ni... 



Kat mana nak beli? Selain kat kedai Himalaya, korang boleh dapatkan di Watsons seluruh negara ataupun beli secara atas talian. Tapi aku prefer di Watsons sebab selalu ada diskaun. Hehehehe...

6 ulasan:

Permatabiru berkata...

pernah makan bowel wellness. mmg baik untuk maslaah sembelit

Nina Mirza berkata...

Himalaya trusted brand. Kalau pi klinik pun doktor bagi ubatan dan suplement dsri Himalaya.

Ai berkata...

Himalaya ni trusted brand.

Nadia Johari berkata...

mcmmne perubahan makan men wellness..hahhahhaa

Qaseh Dalia berkata...

Terbaik khasiat dia

mas saari berkata...

Produk Himalaya memang bagus, kita pun amalkan.