Life Is A Drama..

Logo KBBA

19 Ogos 2019

Happy 1st Year Anniversary



Pejam celik, pejam celik. Semalam ngam setahun untuk aku dan Puan Isteri sambut our 1st anniversary. Baru setahun weh. Rasa macam baru ja lagi kahwin. Sebab kadang-kadang aku rasa jugak yang aku ni masih bujang. hahahahaha...Tapi tak selalu la, kadang-kadang je.

Setahun kahwin, nak bagi nasihat bab alam rumahtangga ni pun, I am not the right person. Masih banyak perkara lagi yang aku dan Puan Isteri nak kena hadap. Well for the first year ni. Bergaduh manja tu biasa la. Pantai mana tak dilambung ombak kan? Hahahaha...



Well, pengalaman kawan-kawan, hasil bacaan aku dan Puan Isteri boleh terima kelebihan dan kekurangan masing-masing. Pilih pasangan ni adalah untuk saling melengkapi satu sama lain. Itu je la yang aku boleh cakap. Nak cakap lebih-lebih kang ada yang cakap aku ni poyo pulak.

Well, doakan aku dan Puan Isteri diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki kami dunia akhirat. Amin...

Tiada ulasan: