Life Is A Drama..

Logo KBBA

22 Ogos 2019

Dah Tak Keluar Lunch

Aku rasa dah dekat sebulan kot aku tak keluar lunch masa kat pejabat. Malas satu hal, jimat satu hal, satu lagi sebab kenyang. Hahaha..Dah terbiasa dah. Lagi pun kadang-kadang aku bawak bekal jugak yang Puan Isteri buat.


Mula-mula dulu macam tak biasa jugak la. Sebab dah biasa lunch kat pantry department aku dengan member-member yang lain. Tapi sejak dah renovate baru ni, pantry jadi kecik and dah tak boleh nak lunch ramai-ramai. So, member yang lain kena lunch kat luar. Macam aku ni pun kadang malas jugak nak keluar. Kadang dah tak tahu nak makan apa kat luar. Sebab selalunya satu kedai mamak tu je kami pergi.

So nak mudah sekarang ni, kalau tak bawak bekal, aku akan beli breakfast siap-siap dekat dua tempat ni. Sebab selain murah, portion dia pun banyak. So aku selalu amalkan brunch. Dalam pukul 10.30 macam tu la selalu baru makan. Kadang mee goreng macam tu, kadang nasi lemak or nasi putih. So lunch hour memang tak keluar. Sama ada tidur, atau siapkan kerja.

Tapi bila dah selalu macam ni, pagi-pagi tu dah tak tahu nak makan apa. Asyik kedai yang sama dan tengok benda yang sama. Hahaha..Nasib la selalu jugak bawak bekal kan, senang sikit.

Tiada ulasan: