Life Is A Drama..

Logo KBBA

19 Julai 2019

Pre Anniversary Di Best Western iCity

As our first anniversary, confirm la akan ada pre-anniversary. Hahahaha.. Baru ni aku bawa Puan Isteri sekali lagi ke Best Western i-City, Shah Alam. Nak bawa yang jauh-jauh, belum tentu lagi kat mana and tak tahu la rezeki macam mana kan. Boleh la pre- anniversary awal sikit. Lagi pun aku bawa Puan Isteri untuk berehat sebab minggu lepas dia banyak bangun awal sebab banyak order untuk bomboloni and brownies. Alhamdulillah.




Elok je check in, aku dan Puan Isteri terus ke The View Cafe untuk lunch. Aku suka kalau masuk kat sini sebab ambiance dia menarik. Plus boleh makan kat luar.

Untuk lunch, kami ditawarkan menu-menu baharu dari BW. Macam aku order Coffee Lamb dan Cincalok Beef, Air pulak aku order Slushy Mania dan BW Refresher. Ada jugak menu-menu baru yang lain, tapi itu je yang menarik perhatian aku.

Coffee Lamb and Slushy Mania tu untuk aku and Cincaluk Beef and BW Refresher tu untuk Puan Isteri. Tapi kami saling tukar-tukar la makan sorang sikit, tapi aku tak makan sangat Cincaluk tu, because its not my favorite. Hahahaha...Yang aku boleh bagitahu, coffee lamb dia sedap sbb ada sikit rasa pahit-pahit tu.





Lepas je lunch, terus kami naik ke bilik untuk berehat. Cadangnya memang nak ke i-Central, tapi macam malas pulak. So, memang betul-betul berehat kami petang tu sampai ke malam. 




Malam, cadangnya pun memang nak ke i-City, tapi sekali lagi rasa malas. Even nak turun makan pun rasa macam malas sebab kami duk kat tingkat paling atas. So, guna room service. Yang bestnya, first time aku jumpa room service yang tak perlu nak call kalau nak order makanan. Sekarang zaman dah canggih, semuanya guna handphone je. Kalau korang menginap di Best Western i-City, korang boleh guna QR Code untuk order makanan korang. Dekat The View Cafe pun boleh kalau tak silap aku. Makanan dihantar dalam tempoh 30 minit la mengikut ke-busy-an kitchen masa tu. Bil akan dimasukkan dalam bil bilik korang kalau tak silap aku.






Disebabkan excited first time mengorder guna QR Code ni, hambik kau, dua maincourse, 1 appertizer jadi pilihan aku dan Puan Isteri. Oxtail Soup,View Cafe Fried Rice, Seared Rib Eye Steak, Macchiato and Lemon Tea. Risau makanan sejuk?? Takpe, makanan yang sampai tu insya Allah panas-panas lagi. Tapi oxtail soup dia sedap gila weh...

Final day, kami breakfast and having our lunch/ hi-tea kat The View Cafe. AKu tak tahu la kenapa aku suka The View Cafe. Maybe sebab environment and makanan dia yang sedap kot.



Kalau korang nak menginap dekat sini, korang jangan risau sebab Best Western tengah buat promosi sekarang hingga 31 Ogos. Bayar untuk dua malam, tapi dapat 1 malam lagi secara percuma. Maksudnya, korang stay untuk tiga malam tapi cuma bayar untuk 2 malam. Menarik kan?



Stay kat Best Western ni bagi aku berbaloi. Sebabnya siang malam 'hidup' dekat sini. Siang korang boleh ke waterpark or shopping di i-Central. Jangan risau, pihak hotel ada sediakan transport ke sana, siap ada jadual lagi. Kalau malam pulak, korang boleh jalan-jalan ke i-City. Yang datang dengan anak-anak lagi berbaloi. Hehehe... 

2 ulasan:

diaripink berkata...

Bestnyaaaa... Lebih mudah bula ada apps ni ye... Order di jarinje xpayah call dah kan

Ai berkata...

Canggih Best Western sekarang guna QR code je nak order makanan.