Life Is A Drama..

Logo KBBA

08 Julai 2019

Jangan Nak Acah Sangat...

Kadang-kadang bila jumpa orang yang jenis acah-acah ni, aku rasa nak tergelak pun ada, geram pun ada, meluat pun ada. Hahahah... Aku tak tahu la nak kata macam mana. Ko nak acah-acah kenapa? Nak orang pandang tinggi dekat kau?? Hahahaha...

Kadang kita boleh nampak sama ada orang tu dah biasa dengan keadaan tu, atau pun dia acah-acah dah biasa. Kalau yang jenis acah-acah ni kita dah boleh nampak dia punya nak buang rasa awkward tu macam mana. Hahaha...


Orang yang jenis acah-acah ni kalau korang nak senang tengok, boleh pergi dekat mall-mall famous or event. 

Tapi yang jenis acah kaya yang paling ramai dan yang paling aku tak boleh terima. Kenapa perlu berlagak kaya? Just be yourself. Sebab takut orang tak nak berkawan kalau kau sekadar 'orang biasa' or orang kampung?? Hishh.. Tak faham aku.

Bagi aku, just be yourself. But its depends on where and what you are doing. Jangan nak sembrono be yourself kalau majlis tu majlis korporat. But not be so acah-acah dalam majlis tu sebab orang tahu kau tak biasa. Kalau kau masih nak acah-acah kau dah biasa sedangkan hakikatnya tak, memang kena gelak je la nanti.