Life Is A Drama..

Logo KBBA

02 Julai 2019

Dah Kahwin, Tetap Cari Kawan

Dua tiga hari ni memang aku rasa stress. Bermacam benda yang aku dok fikir dalam kepala aku ni. Kadang-kadang rasa macam malas ambik port. Tapi sesekali tu memang terfikir jugak. Tambah lagi masa atas motor, tak pun masa nak tidur.


Bukannya aku tak pernah nak bercerita dengan Puan Isteri. Memang aku duk bercerita, cuma rasa tak puas nak bercerita tu. Hahahaha... 

Malam tadi, aku ajak sahabat aku lepak. Saja share apa yang aku rasa sebab kami berada dalam situasi yang sama. Jadi masing-masing faham keadaan orang lain. Nak bercerita ja pun dan dengar pendapat. Alhamdulillah lega. Dengan Puan Isteri pun aku dah cakap, beza rasanya berkongsi cerita dengan pasangan dan dengan sahabat sendiri. Alhamdilillah, Puan Isteri aku faham sebab dia pun sama. Hahahaha...

Apa yang aku nak maksudkan kat sini. Memang ramai yang cakap, bila dah kahwin, pasangan tu la tempat kita berkongsi semua. Betul, aku tak nafikan tu. Tapi, ada masanya, kita perlukan sahabat untuk berkongsi apa yang kita rasa and mungkin lagi selesa. Tapi berkongsi tu bukannya berkongsi perkara yang terlalu peribadi. Sebab itu hanya dengan pasangan ja. Berkongsi dengan sahabat ni mungkin masalah-masalah lain yang kita rasa sekadar untuk bercerita. I dont know how to say this. Tapi macam tu la.. Hahaha... 


Tiada ulasan: