Life Is A Drama..

Logo KBBA

10 Julai 2019

Dah Gantung Kunci



Dua tahun aku buat Grab, dah tiba masanya aku gantung kunci. Istilah gantung kunci ni untuk geng-geng driver Grab, memang dah well known dah. Bila tengok gantung kunci, means orang tu dah memang tak buat Grab or ehailing yang lain.

First time buat Grab, sebulan selepas aku bawak keluar kereta. Hahahaha... One of the funny moments in my life. Hahahaha



Aku pun last aku buat Grab masa first week puasa kalau tak silap aku. Punca aku nak gantung kunci? Sebab too many rules yang nak kena ikut. Aku pun tak faham kenapa kena ada rules yang bermacam ni. Bagi aku, orang buat Grab or ehailing ni sebab nak cari side income, tapi bila banyak rules yang nak kena ikut nak melibatkan kos permulaan yang agak tinggi, ditambah dengan tekanan dari pihak ehailing dan tak ada benefit lain untuk driver, so memang ramai yang pilih untuk gantung kunci.

Betul, memang ada company ehailing yang bagi sedikit bantuan kewangan untuk dapatkan semua lesen, puspakom etc, tapi bagi aku masih tak berbaloi. Well, tu pandangan aku kan.


Dua tahun jadi driver Grab, banyak benda yang aku belajar, ramai orang yang aku jumpa. Ada satu entry aku jadi viral di kalangan driver Grab, ada surat khabar minta pendapat aku. Itu semua pengalaman. Well, thanks for all the sweet memories. Insya Allah kalau ada rezeki, aku boleh sambung balik buat Grab or ehailing yang lain. Terima kasih Grab. 

1 ulasan:

Sue Izza berkata...

Insya Allah ada rezeki jalan lain tu