Life Is A Drama..

Logo KBBA

19 Julai 2019

Aku Pengkritik Makanan??



Selalu jugak orang mesej or tanya aku kat mana makan yang best and sedap. Tak kira la masa aku kat Ipoh or kat KL sekarang. Kalau ada kawan-kawan yang tanya, selalunya aku akan recommend few kedai. Kedai favorite aku sekali. 

Ada jugak yang tanya, kalau aku review tu, memang aku kena tulis yang elok-elok je ke sebab review atau benda yang aku tulis tu betul-betul pendapat aku. Meh nak cerita... 


Bila aku pergi dipanggil untuk review, memang aku tulis benda yang betul. Kalau ada makanan yang tak kena, aku akan direct komen dekat pekerja atau PR dekat situ. So that dorang akan ambil maklum. Tapi sebenarnya, kalau diikutkan aku bab makan ni senang ja. Tak banyak songeh tertutamanya kalau makanan Melayu atau lauk kampung asalkan kalau itu original satu-satu masakan tu. Kecuali kalau betul-betul rasa pelik baru aku bertanya. Tapi ada ja makanan kampung yang tak kena selera aku macam kuah cair or tak pedas. 

Cumanya, yang aku selalu complaint kalau aku review makanan-makanan di hotel atau western food. Makanan-makanan jenis ni memang aku agak cerewet sikit. So bila review makanan jenis ni, memang aku akan banyak complaint la. Not complaint actually, its more to comment and asking for improvement. 


Nak kata aku ni pakar bab nak komen makanan pun, i'm not really into it. Aku comment berdasarkan apa yang lidah aku rasa. And tak semuanya tak sedap. Macam aku cakap, aku tak terlalu cerewet. Dari 100 review aku pergi, mungkin 5 ja aku yang aku rasa tak kena selera aku. Itu je la.. 


Tiada ulasan: