Life Is A Drama..

Logo KBBA

19 Jun 2019

Sekejap je rasa semangat

Hari ni aku and bosses kat office ke satu sekolah orang asli di kawasan office untuk satu program motivasi as one of our CSR for the children. Bila joined program macam ni, aku teringat masa sekolah dulu. Kem motivasi ni la paling boring but at the same time, rasa best. 



Boring kalau dapat penceramah yang skema sangat and no jokes at all. Best sebab takyah belajar. Hahahaha... 


Bila ke kem or ceramah motivasi ni, selalunya kejap je semangat. Selalunya kalau macam aku, dalam cermaha tu je semangat, paling lama pun seminggu lepas motivasi tu. Memang ada point yang kadang-kadang aku still praktikkan sampai sekarang. 



Tapi selalunya budak-budak ni kena pergi kem motivasi ni sebab terpaksa je. Hahahaha... Sebab cikgu suruh. Itu pun kalau buat kat sekolah, kalau buat kat luar, memang jarang la ada student yang volunteer nak pergi. 



Tapi bila dah makin besar, sebenarnya ceramah-ceramah motivasi ni berguna to give me a positive vibe. Iya la, kadang-kadang dah stress dengan kerja, dengan masalah keliling, at least when I got something good, it will motivate me and make me looks the problem in positive way. Cuma tak berapa bertahan sangat la. 


Orang yang bagi ceramah kalau boleh nak pendengar dia balik dengan ilmu yang baru. Tak banyak, sikit pun jadi la. Macam aku joined MPMP dulu, Alhamdulillah, seronok tengok budak-budak program Moh Ke IPT tu berjaya. Mungkin sikit sebanyak program kami tu berjaya bagi semangat. Aku pun tumpang seronok tengok dorang berjaya... 

Tiada ulasan: