Life Is A Drama..

Logo KBBA

07 Jun 2019

Raya Sedondon

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin untuk semua yang mengenali diri aku dan Puan Isteri. Yes, tahun pertama raya bersama isteri. Eih, tahun kedua sebenarnya sebab tahun lepas raya haji aku dah beristeri. Hehehe...

Tahun ni, selepas perbincangan yang mendalam, kami beraya di kampung sebelah Puan Isteri dulu kat Gerik, kemudian baru balik kampung aku. Dan for the first time aku bersedondon dengan keluarga mertua. Temanya biru dan beli la baju biru apa pun asalkan warna asasnya biru.

Kalau ikut family aku, memang tak pernah kisah pun pakai baju warna apa. Semua ikut suka. Yang dah berkeluarga ja ada tema masing-masing. Jadi kalau bergambar pun, memang tak nampak sedondonnya tu, kecuali yang dah berkeluarga. Memang ada la kitorang bincang nak beli kain satu kayu buat baju sama ja semua, tapi semuanya setakat bincang ja la. Kecuali masa kenduri ja la baru sedondon. 

Well, nothing much to say, selamat hari raya maaf zahir batin pada semua kawan-kawan termasuk dari sekolah, diploma, degree, kawan-kawan office, kawan-kawan media, geng Blogger dan semua la. Selamat Hari Raya Aidilfitri. 

Tiada ulasan: