Life Is A Drama..

Logo KBBA

01 Jun 2019

Jangan Memandu Waktu Tengah Hari Kalau Bulan Puasa

Semalam aku gerak balik kampung, tengah hari jugak la sebab hantar mertua aku ke dialisis, singgah office jap sebab hantar kuih, dekat pukul 12.30 tengah hari baru gerak ke kampung. 


Masa dah masuk highway tu, aku dah mula rasa mengantuk. Memang waktu sedap nak tidur la kalau bulan puasa ni. Kalau kat office pun, memang aku ambil 10 minit untuk tidur. Kadang tak tidur sangat pun, cuma lelap kejap je.


Tapi aku gagahkan diri jugak la nak drive. Last-last, sampai kat Tanjung Malim aku stop kat hentian. Memang tak boleh dah paksa mata nak drive sebab aku nyaris nak terlelap masa drive. First time oo aku stop untuk tidur kejap. Tidur pun dalam 10 minit je, lepas tu sambung drive balik. Alhamdulillah, akhirnya selamat sampai kat kampung... 

Tiada ulasan: