Life Is A Drama..

Logo KBBA

07 Jun 2019

Biru Warna Pilihan Raya 2019

Memandangkan tahun ni baru aku ada tema baju raya, tak sangka pulak ramai yang pilih warna biru sebagai tema raya dorang tahun ni. Kalau tahun-tahun sebelum ni, memang aku rasa aku tak pernah dapat ikut tema warna pilihan untuk tahun tu.


Aku pun tak tahu la macam mana ramai orang boleh ada satu fikiran yang sama untuk pilih warna tu sebagai tema warna dorang. Mungkin tu warna yang menarik kot yang dorang nampak masa pilih-pilih baju. Hehehe...mungkin geng-geng isteri ni ada satu sense yang dok fikir tahun tu warna biru jadi pilihan. 

Bila aku kat masjid masa sembahyang raya, aku dah nampak dah ramai yang pakai baju warna biru, lepas tu bila aku scroll kat FB, memang ramai jugak yang jadikan biru sebagai warna raya untuk tahun ni. Tak kisah la biru apa pun, tapi memang biru la asasnya. Tahun depan entah la warna apa pulak.

Macam aku, kebetulan nikah abang ipar aku, kami satu family mertua dah set kan warna biru. So, pakai yang tu je la. Jimat kan. Hehehe... Tahun depan agak-agak warna apa pulak?? 

Tiada ulasan: