Life Is A Drama..

Logo KBBA

23 Mei 2019

Waktu Yang Sesuai Beli Kereta

Dah dua tahun termasuk tahun ni aku rasa 'sakit' sikit masa raya. Silap jugak aku keluarkan kereta tiga hari sebelum raya hari tu. Eih... Bulan 6 masa raya 2017 kereta aku keluar. Semangat oo time tu nak keluarkan kereta sebelum raya. Sebab kononnya nak feel balik kampung dengan kereta walaupun tiket bas dah beli. Hahahaha...bukan nak berlagak ye... 


Tapi tahun lepas, raya aku memang sakit la. Mana dengan duit untuk prepare raya, duit untuk renew roadtax lagi. Fuhhh.. Bercerau peluh weh... Bukan sikit weh nak keluarkan dua perbelanjaan besar dalam satu masa. Mana dengan tahun lepas aku saving untuk kahwin lagi. Mau tak pening. 



Baru ni dok sembang dengan member-member ofis aku pasal kereta. Dia cakap, bulan yang paling sesuai bawak keluar kereta dalam bulan Mac, April and Ogos, September. Sebabnya time ni tak banyak perbelanjaan besar nak keluar macam raya dan belanja anak sekolah.


Bila fikir-fikir balik, betul jugak. Kalau bawa keluar hujung tahun, nak standby pulak untuk pergi bercuti and anak-anak sekolah. So, betul la apa yang member aku cakap. Waktu tu, paling sesuai untuk keluarkan kereta. So takda la terbeban sangat. 

1 ulasan:

Rodong Koi - Pahang Blogger berkata...

alhamdulillah sikit lagi nk habis bayar dh kereta saya