Life Is A Drama..

Logo KBBA

16 Mei 2019

Teringat Makanan Di Naan Lounge, Shah Alam

 Sampai sekarang aku dok teringat lagi kelembutan daging kambing dekat Naan Lounge masa aku berbuka puasa dekat situ, Selasa lepas. Dapat pulak dengan nasi mendy dia. Perghh...Aku jarang order Lamb Mendy sebab kadang-kadang bila order, kambing tu agak liat or tak fresh or paling tidak pun tak kena dengan selera aku.

Tapi bila dekat Naan Lounge baru ni, aku tak tahu kenapa aku boleh jatuh cinta dengan kambing bakar dia. Dengan lembut, basah, manis dia. Perfect kalau makan dengan nasi or ratah macam tu je. 


Lagi satu yang buat aku teringat, Cheezy Cheese Naan, Ayam Masala and Ayam Tandoori kat Naan Lounge ni. Di serve panas dan ayam tandoori dia memang heaven sebab moist. Tak kering macam ayam tandoori kat mamak tu. Macam aku hari tu, aku makan dengan ayam tandoori and Ayam Masala dia. Memang heaven gila. 


Untuk pengetahuan korang, Naan Louge ni menawarkan makanan ala Pakistan dan baru dibuka lebih kurang 6 bulan di Seksyen 7, Shah Alam. And kalau korang nak tahu jugak, Naan Lounge ni specialty dia memang roti naan and dorang ada 30 jenis naan. Tapi daripada 30 tu, dua yang paling top ialah Cheesy Cheese Naan and Nutella Naan, sedap kalau makan panas-panas. Nutella Naan tu tak perlu cicah apa-apa ye, makan camtu pun dah sedap. Puan Isteri siap bungkuskan lagi Cheesy Cheese Naan and nutella naan. 


Untuk bulan puasa ni, dorang pun ada tawarkan buffet berbuka puasa dengan harga cuma RM44.90 sorang. Menu pilihan mungkin bagi orang lain tak banyak kalau nak dibandingkan ditempat lain, tapi bagi aku dah cukup dah. Sebabnya, kalau korang pergi ke tempat lain, banyak pilihan pun korang bukan makan semua kan? Ni pilihan tak banyak, tapi korang dapat makan semua. Bermula dari appetizer sampai la ke dessert. Lagi pun menu bertukar hampir setiap hari. So dont worry okay.


Kalau korang nak datang, boleh je waze Naan Lounge. Kalau korang nak buat event pun boleh dekat sini. Ada space untuk small event and fully aircond.

NAAN LOUNGE, SEKSYEN 7 SHAH ALAM
Operation Hour : 4.00 pm - 3.00 am (Ramadan)
                         11.00 am - 11.30 pm (Normal Day)
Location : Seksyen 7, Shah Alam (berdekatan Jakel, Hospital Shah Alam)
Tempahan : 03 - 588 22910

Tiada ulasan: