Life Is A Drama..

Logo KBBA

02 Mei 2019

Tahniah Bangdoi

Alhamdulillah, abang ipar aku (abang pada Puan Isteri) dah selamat mendirikan rumah tangga pada 27 April lepas. Seminggu sebelum puasa. 


Alhamdulillah jugak, semua saudara sebelah mak dan abah mertua aku dapat datang untuk memeriahkan majlis. Dengan sekali lafaz selamat dah abang ipar aku ni bergelar suami. 

Kahwin lambat? Takda la... Sebab kalau ikut umur, abang ipar aku ni muda tiga tahun dari aku. Tapi adik dia yang menikah dulu dari dia. Takpe la, kalau dah jodoh tak ke mana kan? 

Semoga ikatan yang dibina ni kekal bahagia hingga ke jannah. Alhamdulillah, dah dapat biras... Hehehehe... 

Tiada ulasan: