Life Is A Drama..

Logo KBBA

09 Mei 2019

Serba Salah Nak Balik Kerja

Bulan puasa ni, waktu kerja aku jadi pukul 8 pagi sampai 4 petang. Tapi takda masalah kalau nak masuk macam biasa. Maksudnya masuk pukul 9 and balik 5.45 petang. 

Kalau sebelum ni masa single, memang aku masuk pukul 9 sebabnya kalau balik awal pun macam takda function kalau balik rumah awal pun. Satu, sebab nak ke Bazaar awal sangat,. Dua, rumah sewa aku tak sampai 5 minit dari ofis. Kau rasa?? So, baik aku balik macam biasa je kan. Hehehehe...


Tapi tahun ni, disebabkan dah ada Puan Isteri dah menunggu kat rumah, and rumah pun 40 minit jugak nak sampai, so aku ambik keputusan masuk awal la untuk dua tiga hari awal puasa ni. Saja test dulu.


Tapi untuk tiga hari ni, memang barai jugak la mata. Sampai kul 8 pagi, 8.30 aku lelap jap dalam 10 minit. Baru rasa fresh balik.

Tapi bila pukul 4 tu kan, aku rasa macam serba salah nak balik sebab macam awal sangat. Iyalah, cuba bayangkan, 11 bulan masuk balik kerja pukul 5.45 tetiba ko nak balik pukul 4 petang. Hahahaha.. Awal-awal tu macam betul ke boleh balik. Hahaha..

Tiada ulasan: