Life Is A Drama..

Logo KBBA

29 Mei 2019

Raya Mana Tahun Ni??

Soalan yang aku dapat lately since dah kahwin and awal puasa. Hahaha... Al-maklum lah, tahun pertama beraya ada Puan Isteri kat sebelah. Kalau tahun lepas, memang tak dapat soalan ni sebab tahun lepas, tahun terakhir aku beraya sebagai orang bujang.

So bila dah berdua tahun ni, memang kena bincang elo-elok dengan Puan Isteri la untuk beraya kat mana dulu. Kena tengok macam mana cara beraya family belah Puan Isteri. Lepas tu nak bagi kena dengan wedding cousin aku pulak raya ke-4 tu kat kampung. So jadual nak beraya tu memang kena susun elok la. Dengan nak bagi kena dengan bajet lagi, so memang kena well-planned la.


Banyak kali jugak la berbincang dengan Puan Isteri macam mana. Dari sebelum puasa lagi dah bincang, tapi biasa la, ada ja perubahan last minute. Nasib masuk minggu kedua puasa dah settle dah bab nak beraya mana dulu. 

Kalau sebelum ni orang duk tanya raya mana dulu, jawapan aku 'belum bincang'. Sekarang kalau ada yang tanya, aku dah ada jawapan. 

Agak-agak korang aku raya mana dulu? 

Tiada ulasan: