Life Is A Drama..

Logo KBBA

10 Mei 2019

Kenapa Murtabak dan Roti John Jadi Pilihan Semasa Ramadan?

Aku dah perasan lama dah, cuma tak terluah ja. Cewahhh... Setiap kali bulan puasa dan kalau ke bazar Ramadan, kedai yang selalu jadi pilihan untuk juadah ringan adalah roti john dan murtabak? Ni antaranya la selain dari ayam golek dan few more. Kenapa dua tu jugak yang famous? Kadang ada gerai yang jual murtabak dan roti john ni ramai yang beratur panjang.

Google

Mungkin tak ramai yang ada jawapan untuk persoalan aku ni. Nak kata sedap sebab bulan Ramadan, kenapa yang lain tak berapa jadi pilihan atau tak disebut sangat orang? Waktu lain macam masa pasar malam or pasar minggu pun ada ja  walaupun tak ramai yang menjual, tapi orang tak beriya sangat nak beli, tapi bila bulan puasa, mak aiii, ramai gila yang beratur. Siap tahu la gerai mana yang sedap dan tak.


Kalau nak kata bahan-bahan dalam tu, hermm.. Aku rasa biasa ja. Bawang, telur dan tepung untuk murtabak, dan untuk roti telur, cuma roti, telur, sedikit sos dan isi ayam or daging sikit. Jadi kat mana sedapnya makanan ni masa Ramadan?

Google
D

Aku tahu ada je lagi makanan lain yang jadi pilihan korang. Tapi dari kawan-kawan aku, ramai yang pilih yang ni. Cuba korang jawab jap... 

Tiada ulasan: