Life Is A Drama..

Logo KBBA

11 Mei 2019

Jangan Lupa Bayar Zakat Perniagaan

Tiap kali bulan Ramadan tiba, selalu kita diingatkan tentang zakat. Kewajipan kita sebagai umat Islam untuk menunaikan zakat. Tapi ada orang yang dok ingat yang ada cuma zakat fitrah. Sedangkan ada lagi zakat-zakat lain yang perlu ditunaikan kalau cukup syarat-syaratnya. Contohnya zakat perniagaan yang ada antara kita ni terlepas pandang.


“(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.” [Surah Al-Nur (24): 37]

Macam sekarang kan ramai yang ada bisnes sendiri. Tak kira la jual roti ke, produk kesihatan ke, pakaian ke,sekiranya dah cukup syarat dan kiraannya, bayaran zakat perniagaan perlu ditunaikan. Kewajipan bagi mereka yang berniaga.


Untuk pengetahuan korang, zakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada yang melibatkan barangan atau perkhidmatan. Perniagaan ni tak kira la sama ada perniagaan persendirian, perniagaan perkongaian sesama Islam atau bukan Islam, perniagaan semua jenis syarikat, koperasi atau perniagaan saham dan sebagainya. Semua ni kalau cukup syaratnya, korang kena keluarkan zakat.

“Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu.”
(Surah Al-Baqarah : Ayat 267)

Macam mana jalan kiranya? 


Korang boleh ke laman web Lembaga Zakat Selangor kalau nak faham dengan lebih jelas tentang ekuiti, liabiliti, aset tetap dan sebagainya. Lembaga Zakat Selangor boleh terangkan dengan lebih jelas untuk korang. Atau kalau bagi yang masih tak faham, Lembaga Zakat Selangor dah siapkan sekali kalkulator zakat untuk tolong korang kira sekali. 


Nak memudahkan korang yang berniaga ni. Of course la kan orang berniaga ni sibuk, Lembaga Zakat Selangor ni nak memudahkan lagi korang dimana korang boleh bayar zakat perniagaan dan zakat-zakat lain secara atas talian. Online je sekarang ni. So tak sampai lima minit dah selesai dah korang selesaikan tanggungjawab korang. 

Insya Allah bila dah selesai tunaikan apa yang perlu, segala urusan korang akan dipermudahkan segalanya. 

4 ulasan:

Umi Nazrah berkata...

terima kasih atas perkongsian. saya dapat ilmu baru harini pasal zakat perniagaan ^_^

umminani berkata...

betul tu.. la ni mudah ..online sahaja

diaripink berkata...

Alhamdulillah... Bagus ada kemudahan online mcm ni.

Julia Johari berkata...

Zaman sekarang lebih senang, semua dihujung jari, nak tak nak je buat kan fir, syabas sebarkan pasal zakat perniagaan.