Life Is A Drama..

Logo KBBA

02 Mei 2019

Family Day Radzi's Clan

Lepas dua tahun buat family day dekat Teluk Batik dua tahun lepas, akhirnya berjaya jugak sekali lagi family aku berkumpul semua untuk family day tahun ni. Kali ni kami ke Teluk Senangin pulak. Plan kali ni dari bulan 12 hari tu. So tiap bulan bayar la sorang sikit sebab tak nak la terasa sangat kan. Hehehe... Family day aku pun simple-simple je. Yang penting dapat berkumpul ramai-ramai.

Lepas je majlis nikah abang ipar aku pagi tu and lepas rehat kejap dekat homestay dengan saudara sebelah Puan Isteri, kami terus gerak ke Teluk Senangin dari Seri Iskandar. Mertua aku pun ikut kejap sebab nak melepak dengan besan dia.

Sampai je, terus rehat kejap sebelum mula dengan games. Games pun biasa, sebab nak seronok-seronok. Macam makan megi pedas giler 2 kali ganda, baling selipar, isi air dalam botol and mandi laut and tukar-tukar hadiah. Malam pulak buat BBQ.

Betul-betul rehat la kat sana sambil kumpul dengan family. Family day kali ni, satu family duk satu bilik. And aku pun dah ada pasangan. Hahaha.. Ye la, dua tahun lepas buat family day, aku keseorangan ditemani sepi bayu. Cewahhh...

Alhamdulillah, tahun ni, cukup 25 orang ahli keluarga Mat Radzi and Sharifah dapat berkumpul. Tak besar tapi Alhamdulillah, semua dapat berkumpul sekali. Next target tak tahu lagi kat mana. 

1 ulasan:

Dura Norell berkata...

Bestnya buat family day. Kitorang nak pi bercuti pun jenuh plan tapi asik tak jadi. Huhu.