Buffet Ramadan The Tiffin Cafe, Bukit Rimau

Dah habis minggu kedua Ramadan dah kita ni. Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. Dan bila dah masuk minggu kedua ni, selalunya geng mak-mak or isteri ni dah jadi macam takda semangat nak masak kan. So, aku ada satu tempat untuk korang berbuka puasa dengan harga yang cukuo berpatutan.

The Tiffin Cafe, dalam AeON Big, Bukit Rimau. Dekat je dengan rumah aku. Tak sampai 5 minit pun. Hehehe... The Tiffin Cafe ni sebenarnya sebuah cafe yang menawarkan makanan western, tapi disebabkan ada permintaan daripada pelanggan yang mahukan citarasa Melayu, so dorang pun sediakan lah masakan Melayu tapi dalam masa yang sama, signature dorang, iaitu kambing tetap ada. And ada la few more makanan ala barat disediakan. 
Bagi aku lauk yang ditawarkan cukup berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Macam masa aku pergi ada kari ikan, patin tempoyak, ayam bakar percik, kambing bakar, asam pedas keladi, daging hitam, ayam kicap, ayam kurma, sayur and few more. Aku tak ingat dah. Dan Alhamdulillah, kenyang dengan makanan yang ada kat situ. So pada yang taknak masak, tapi nak makan makanan macam masak kat rumah, better korang datang ke sini. 
Buffet Ramadan ni start dari pukul 6 sampai pukul 9 malam. Tapi start dari pukul 4 petang, kalau korang nak bungkus makanan dari sini pun boleh. Untuk a la carte pun ada kalau korang nak walk in. Takda masalah. Lepas buka puasa, mungkin korang boleh beli barang-barang dapur dulu ke kat Aeon.

Owh ada satu lagi, kalau korang nak datang makan, ada few menu yang ditawarkan 50% discount. 

Lokasi : Tiffin Cafe, Aeon Bukit Rimau
Waktu : 4 petang - 6 petang (Take Away)
6 petang - 9 malam (Buffet Ramadan)
Harga : RM29.90/seorang

Catat Komen

8 Ulasan

  1. nampak sedap! 1st time datang sini saya follow blog awak. harap sudi singgah dan followback blog saya semula.. terima kasih :)

    BalasPadam
  2. Wuuu menggiurkan , best2 menunya

    BalasPadam
  3. Makanan sini sedap. rasa nak makan je semua,

    BalasPadam
  4. Wahhh murahlah harga bufet dia.

    BalasPadam
  5. ku nampak sambal udang. ya Allah terlioqqqqqqqqqqq

    BalasPadam
  6. klasik sangat mangkuk tingkat tu...tak habis makan boleh tapau takkk ?

    BalasPadam
  7. Sekangkang kera je dari ofis. Boleh singgah.

    BalasPadam

Tinggalkan komen anda di sini...

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)