Life Is A Drama..

Logo KBBA

20 Mei 2019

Bisnes Kuih Raya

Baru tahun ni aku merasa la tolong orang berbisnes kuih raya. Itu pun sebab Puan Isteri buat bisnes kan. Sebelum ni tak pernah pun nak berbisnes. Ke ada? Tak ingat pun. Nak kata tolong pun tak sangat sebenarnya, aku lebih pada promotion je walaupun sebenarnya, Puan Isteri aku ni dah ada regular customer dia. Aku cuma cari sorang dua je la.

Nak kata tolong buat kuih raya tu, mana aku sempat je la tolong buat. Macam tart nenas and almond london je yang aku boleh tolong sebab tu nak memerlukan skill sangat. Hahahaha... And yang aku tolong pun, delivery. Itu pun dengan Puan Isteri.

Penat tu memang la penat. Untuk aku yang tolong sikit-sikit ni pun dah terasa, apa lagi Puan Isteri yang menghadap lagi lama dari aku. Haishh, kalau aku mungkin aku tak sanggup. Tapi dah Puan Isteri kata dia happy buat tu, so aku okay je la kan. Support bini... 

Tiada ulasan: