Life Is A Drama..

Logo KBBA

06 Mei 2019

Bercuti di Cameron Highlands

Lepas je selesai family day kat Teluk Senangin, memang tak sempat aku nak berehat, terus aku dan Puan Isteri ke Cameron Highlands. Dengan abang ipar aku la yang baru nikah sehari sebelum tu. Kiranya dorang honeymoon la. Hehehe... So, aku dan Puan Isteri tumpang sekaki honeymoon.

Tapi kami sampai kat atas pun dah lewat, dalam 5.30 petang sebab jalan jammed sama kat area Kea Farm and Brinchang. Ingatkan ada pasar malam, rupanya takda. Sebab pasar malam cuma Jumaat Sabtu, cuti umum and cuti sekolah je. Memandangkan kami pergi tu cuma weekend biasa, so takde la. 

So, malam first tu, aku ajak pengantin baru ke kedai kawan aku, Pak Nil BBQ and Grill dekat Nova Cameron Square. Aku dah rindu dengan makanan Pak Nil ni sebab bagi aku, sedap makanan yang dorang masak ni. Aku pernah makan masa dorang berniaga kat Ipoh lagi. So memang puas hati la.


Esoknya tu, lepas breakfast kat hotel, kami terus checkout sebab tengah hari tu check in homestay pulak dengan mertua aku. Sebelum mertua aku sampai, kami sempat la ke Lavender Garden and Bharrat Tea untuk bergambar.

Kalau sebelum ni aku ke Cameron, memang banyak tumpu dekat pasar malam and Kea Farm je. And kebun strawberry. Yang lain tu memang tak. So, dengan Puan Isteri ni berjalan la jugak. Hahahaha.. Kami sempat singgah kat Kea Farm lama sebab nak beli ubi and sayur untuk dinner. So, memang dinner kami tak keluar makan la. 

Lepas mertua aku sampai, abah mertua and abang ipar aku main golf dengan pakcik-pakcik sedara sebelah Puan Isteri and aku jadi driver untuk bawa ladies ni pergi lunch. Nasib baik Puan Isteri dah survey tempat makan kat Cameron ni termasuklah Nasi Lemak Strawberry.

Nasi Lemak Serunding Strawberry di Taman Apple Cameron. Recommend because of the Serunding Strawberry, and Laksa Johor.

Ada dua ye. Satu Nasi Lemak Serunding Strawberry kat Taman Apple Cameron and satu lagi Nasi Lemak Abang Strawberry kat 200 Seeds Cafe. Dua-dua aku dah pergi dan ada lebih ada kurang kat kedua-dua tempat.

Nasi Lemak Sambal Strawberry di 200 Seeds Cafe by Abang Strawberry. Nasi lemak strawberry. Recommend for the rendang daging and ayam crispy. Sambal strawberry might be good for those yang tak suka pedas.

Sebelum turun, kami singgah sekali lagi kat Kea Farm untuk last shopping and singgah kat TS2 sebelum turun ikut Tapah untuk mengeteh dulu sebelum sakit kepala sebab sejuk sangat kat atas.

Tiada ulasan: