Life Is A Drama..

Logo KBBA

14 Mei 2019

188 Menu Di 10Binjai PNB Perdana Hotel & Suites,Kuala Lumpur


Dari tahun lepas aku dok tengok ramai yang pergi berbuka puasa dekat 10Binjai PNB Perdana Hotel & Suites On The Park, Kuala Lumpur. Tahun ni, walaupun baru seminggu puasa, dah ramai jugak yang pergi berbuka puasa kat sana. Jeles aku tengok. Tapi Alhamdulillah, tahun ni berpeluang jugak aku dan Puan Isteri and few kawan-kawan dapat berbuka puasa kat 10Binjai ni.

Bertemakan Bazar Perdana sebagai simbolik perpaduan masyarakat Malaysia, restoran 10Binjai ni diubah untuk bagi pengunjung feel suasana Bazar Ramadan yang sebenar. 





Okay, kalau pilihan pulak, 10Binjai ni menawarkan sebanyak 188 hidangan makanan tempatan sepanjang bulan Ramadan tahun ni. Dan yang penting, signature dish dorang dah ada macam sup berempah binjai, kambing golek of course, apam balik, satay, aiskrim goyang dan murtabak cheese.






Lauk dia aku tengok semuanya menarik dan sedap. Nak rasa semua tak mampu la, tapi apa yang aku makan, Alhamdulillah semuanya menepati citarasa aku.

Untuk buffet Ramadan di 10Binjai ni, harga yang ditawarkan cuma RM98.00 seorang.


Jap, belum habis lagi. Kalau korang nak berbuka puasa sambil tengok pemandangan KLCC, korang boleh jugak ke Restoran 39 PNB Perdana Hotel & Suites On The Park ni sambil dengar-dengar muzik yang rileks dan santai. Siap ada tambahan menu kari kepala ikan and sup gear box lagi tau. Harga buffet pulak cuma RM135 seorang je.

Untuk tempahan dan maklumat lanjut:-

Restoran 39
Harga Promosi: RM100.00seorang
Harga Biasa: RM135.00seorang
Tel: 03-7490 3939

Restoran 10Binjai
Harga Promosi: RM80.00seorang
Harga Biasa: RM98.00seorang
Tel: 03-7490 3838
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pnbperdanaonthepark.com

2 ulasan:

mas saari berkata...

Siap ada lemang tu,fuhhh best!

Ai berkata...

Puasa-puasa baca entri makanan lapar nya..