Life Is A Drama..

Logo KBBA

22 April 2019

Tak Cukup Baki Touch n Go

Baru ni aku ada pengalaman baki Touch N Go aku tak cukup. Sebelum ni aku dok tengok je orang yang baki tak cukup, salah masuk lorong kat plaza tol and terpaksa keluar kereta ke pondok tol sebelah untuk top up. Kalau benda tu jadi depan aku, memang aku marah la sebab dah menyusahkan kereta belakang. Takkan la tak check dulu kan? Or kalau tak yakin, kenapa tak ambik lorong tepi sekali, just in case kalau tak cukup, boleh terus topup.

Tapi baru ni, jadi dekat aku sendiri. Mau tak kelam kabut aku. Hahahaha... Masa aku on the way balik rumah lepas buat Grab, aku tahu dah baki aku memang tak cukup, so aku ambik lane kedua dari hujung. Sebab selalunya lane hujung and second lane memang khas untuk topup. Tapi bila aku touch je, baki memang tak cukup la kan as i mentioned earlier, aku terus keluarkan duit. Rupanya lane kedua tu tak boleh topup. Kena ke lane ketiga or first lane. Baru boleh topup.


Kelam kabut aku, dah la kereta belakang pun ada dua tiga bijik, nak reverse memang susah dah. So, nak tak nak, kena jugak aku keluar kereta and pergi pondok sebelah. Hehehe... Nasib la cepat jugak. So sebelum aku masuk kereta, aku angkat tangan dulu pada kereta belakang sebagai tanda minta maaf.


Itu la, lain kali nak selamat, ambik je lane hujung sebab dah tentu-tentu tu lorong untuk topup just in case kalau tak cukup baki. Pengajaran untuk aku. 

2 ulasan:

fizafantagirO berkata...

Hahaha. Kfiza hari tu bukan baki tak cukup tapi lorong smart tag buat hal. palang taknak naik, nasib baik xde kereta kat belakang

Shalimar Yusof berkata...

ahahhaa..pernah kena sekali lupa nak topup..biasa memang ambil lorong hujung...dan2 hari tu amik lorong 3...nasib kereta xbanyak...