Life Is A Drama..

Logo KBBA

01 April 2019

Sajian Tradisi Zaman Ke Zaman di Seri Pacific Hotel

Siapa yang tak nak berbuka puasa dengan makanan kampung kan? Walau duduk bandar dari lahir pun, aku rasa tetap cari lauk kampung kan, tambah lagi kalau berbuka puasa. Walau ada banyak lauk lain pun tak kira la western ke, Chinese ke, Indian ke, lauk kampung tetap jadi pilihan.

Macam biasa, Seri Pacific Hotel (SPH) tak pernah mengecewakan bagi siapa-siapa yang nak berbuka puasa nanti. Dengan tema Sajian Tradisi Zaman Berzaman dan di tempat baru, confirm korang takkan kecewa. Kalau sebelum ni SPH buat buffet berbuka puasa di Zende Restaurant di aras lobi tapi untuk tahun ni ada kelainan sikit, iaitu bermula di tingkat 4, Atrium sampai ke kolam renang.


Untuk tahun ni jugak, SPH menyajikan hidangan tradisional yang terkenal mengikut 14 negeri termasuk Sabah and Sarawak selain daripada makanan ala barat, Jepun, Cina dan India.

Bagi aku, makanan tradisional dia dah cukup power dah. Sama macam kalau pergi makan kat negeri tu terus. So memang jimat banyak weh. Patin tempoyak Sup gearbox, kueh teow goreng, shell in pantai remis, Hinava Ginapan and Umai Ikan Merah memang sedap. Dessert pulak jangan risau, banyak gila sampai rambang mata sebab banyak sangat termasuk bermacam jenis bubur.

So, kalau korang nak, apa lagi, boleh je book terus sebab sangat-sangat berbaloi oiii...


SERI PACIFIC HOTEL

Harga :

Dewasa : RM120

Kanak-kanak (5 - 12 tahun) : RM60

BELI SEBELUM 15 APRIL 2016

Dewasa : RM90

Kanak-kanak (5 - 12 tahun) : RM45

Untuk sebarang pertanyaan, korang boleh ke laman web www.seripacifichotel.com atau telefon 03 4042 5555

Tiada ulasan: